...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

07 June 2009

Gerek-Kulim is back!!!

Seperti yang diupdate sebelum ni hari ini satu lagi kayuhan telah diadakan oleh geng Gerek-Kulim di trek rasmi kami di Naga Lilit dan Sarang Ayam di Kulim. Pada mulanya aku sendiri dok plan nak join Odd ke bukit siam muntah pagi ni tapi disebabkan oleh message last minute dari Lan yang kata nak tukar plan aku pun ikut saja. Lagi pun dah lama tak kayuh dengan geng-geng Kulim sendiri dan aku sendiri dah tak kayuh hampir 3 minggu disebabkan kesibukan urusan dunia yang lain heheheeee. Hari ni plan tu kiranya nak try trek rasmi Gerek-Kulim yang kini dah bertambah panjang dan mencabar dengan laluan-laluan baru yang diterokai oleh Mie pomen dan rakan-rakan lah ni. Dalam trek baru ni ada 2-3 bukit baru dimasukkan dalam laluan menjadikan ia makin mencabar dan lebih menarik. Seperti biasa tempat perjumpaan telah pun ditetapkan di kedai Mie iaitudi Takumie Motorsport jalan Sungai Seluang pada jam 8.30 pagi. Aku sendiri telah gagal menepati masa seperti ditetapkan jadi aku pun bagitau Lan suruh jalan dulu nanti aku follow belakang. Kelewatan aku ini disebabkan oleh aku sendiri terlupa nak check schedule KDN aku yang terpaksa masuk ke plant pada pagi hari ini......settle bab keluarga baru boleh keluar rumah nak kayuh ka nak buat apa pun. Lambat tinggai.....itulah perjanjiannya, sampai di kedai Takumie aku terus pasang basikal aku dan terus start kayuh seorang diri menuju bukit botak walaupun aku sendiri tak tau depa dah sampai mana. Sampai di bukit botak aku dapat tau depa dah sampai di naga lilit dan dah naik dan turun 2-3 bukit jadi aku pun terus turun ke jalan utama naga lilit untuk tunggu depa. Laluan air bersilang silang di laluan down hill, kalau masuk sure sembam punya.




Setelah puas berpenat lelah memanjat kini tibalah masa untuk menikmati DH, sampai nampak gigi.
video



Masa ni pakat dok angan-angan nak berendam dalam air tu, memang betul-betul jernih. Ajaib sungguh lebih jernih dari air paip.


2 comments:

  1. Jangan lupa ahad pagi Zizan ajak pi trek balak Sg Kob. Bawa bersama pakaian mandi..huhu...

    ReplyDelete