" Yang lalu biarkan berlalu, hidup mesti diteruskan.. ingat kayuh untuk kesihatan! "

Pendang Mountain Bike

11 October 2009

BM Mountain Bike Carnival 2009


Yaaaa rakan-rakan sekalian, laporan terkini dari BM Mountain Bika Carnival kini di Gerek Kulim !!!!......hari ini Alhamdulillah segalanya berjalan dengan agak lancar walaupun sedikit tersangkut pada mulanya, tapi dengan keinginan dan determination beberapa geng Gerek-Kulim telahpun berjaya menyertai dan menamatkan kayuhan di BM Mountain Bike Carnival 2009 atau lebih senang kalau dipanggil Jamboree BM. Pada pagi tadi aku dengan semangat berkobar kobar aku telah pun melapangkan masa aku untuk bersama-sama merasakan kemeriahan jamboree BM kali ini bersama rakan-rakan lain. Setakat yang aku nampak dan confirm dari Gerek-Kulim, team kami telah diwakili oleh Zizan, Abang Zizan, Azahar (kayuh Baimbai), Ein, Zamree dan juga Shidee. Ada seorang dua lagi ahli team telahpun menarik diri pada saat akhir.......hehehehe mungkin ada rumah terbuka lagi kot. Aku juga dapat tahu yang Mr Odd 'Di sana' juga join jamboree kali ni juga super senior MTB riders iaitu Chon.

Pada awalnya aku cuba mengesan ahli GK yang sedang membuat persediaan, tapi gagal disebabkan kedudukan parking yang bertaburan dikawasan disekitar Empangan Mengkuang yang luas, lagipun aku jalan kaki mana nak larat nak tawaf kawasan dam ni........aku pun inform Zian kata aku akan tunggu digarisan permulaan sajalah, tak mau nak buang masa mencari, dicelah tu jugak Zizan call aku tanya ada tiub tayar tak sebab Ein tak bawak tayar spare hari ni, dah tu yang kat beskal tu pancit lah pulokkk!!!.........jawapannya bila dah tanya aku dah tentu la aku tak bawak, sebab bukan boleh kayuh pun, beskal pun dah hilang nak kayuh apa bendanya.......sob sob sob sedih sungguh aku, dapat jadi spectator saja la tak dapat nak join kayuh.

Keadaan sekitar di mengkuang Dam hari ni memang sungguh meriah. Ramai sungguh orang hari ni, mana yang datang nak berjogging, nak buat line dance la, nak poco-poco la.....(oooo camtu rupanya poco-poco, tarian orang takdak kerja).......dan yang paling ramai sampai beribu sudah tentu peserta-peserta BM jamboree kali ni........pendek kata meriah sungguhla, aku pun tumpang seronok sama tengok kemeriahan hari ni walaupun dengan kecewa tak dapat join. Semasa dok jalan ke kawasan permulaan kayuhan, aku ditegur olah kawan-kawan yang kenal, semua tanya pasal beskal aku la apa lagi........sambil-sambil tu sempat jugak aku dok ushar kot beskal aku pun join jamboree kali ni........sampai 'kesud' tak nampak bayang, lagipun berpinau bijik mata aku nak tengok sebijik sebijik.......,tapi nak buat macam mana dah tak ada rezeki lagi nak jumpa.

Pelepasan kayuhan pagi ni dilakukan oleh wakil rakyat mana ntah aku pun tak dengar sangat cuma sempat dengar dia flag-off saja. Tengoklah gambar video dibawah tu.....Pon (Hawk MTB) sempat tegur aku pasai mai ambik gambar saja........semua dah yyyyilekkkk!!!! tak buleh kayuh Pon oiii!!! hilang dimata........dihati tak tau nak kata apa dah!!...
Pandangan dari belakang kumpulan riders MTB
Garisan permulaan, macam biasa lah penuh sesak dengan pengayuh yang tak sabar nak start...

Jumpa saja team Gerek-Kulim apa lagi snap la apa patut, dah tugas photographer buat sajalah apa yang patut.
Zamree....


Shidee tak habih setup lagi, rider lain semua dah start
Pemandangan Mengkuan Dam di awal pagi
Ein terlambat disebabkan tayar pancit



Bila dah flag off aku pun plan nak pi cari sarapan pulak lah, tapi belum sempat aku dapat bersarapan aku tengok rider semua dah pun sampai di simpang menghala ke Bukit Langkap, mak aih laju betul depa ni. Orang yang naik kereta pun baru sampai sini, tapi depa yang kayuh ada yang dah start panjat bukit Langkap, hebat sungguh.......nak pecah rekod dunia kot. Sempat lah jugak aku snap 3-4 gambar disini.


Tengah dok fresh lagi.....laju satu macam saja


Abang kepada Zizan , berbackground kan gambar DSAI

Aku tunggu disini sampai semua dah sayup-sayup hilang dari pandangan mata, memang laju sungguh rider-rider semua. Kalau aku masuk dah sah aku jadi sweeper tak rasmi heheheheeeehehehe........tapi oleh kerana tak masuk maka aku pun jadilah tukang jaga trek tak bertauliah.





Bila tengok semua dah hilang aku pun melayan diri aku ke kedai kopi berdekatan simpang masuk ke Bukit Langkap tu.....sempat aku dengar pakcikkat kedai tu punya bagus dok gebang kata depa yang kayuh ni geng terer-terer, masing-masing boleh cari jalan sendiri sebab semua pi belajar baca peta dulu sebelum kayuh...........banyak lah pak cik punya temberang, penganjur dah siap tanda track la pakcik oi!!!.....dibuatnya tak tanda, karang ada yang kayuh 5 km dah kata complete course heheheheheee.........biasalah cerita orang tua-tua di kedai kopi.
Off road




Lepas dari simpang ni disebabkan masa ada lagi sebelum aku ke Intel Kulim untuk main badminton, aku menghala ke Sungai Lembu sebab aku tau turun dari Langkap, rider semua akan lalu kawasan ladang sawit berdekatan dengan ladang ayam. Telahan aku betul nampaknya, dan aku pun tunggu lah di satu saimpang didalam hutan sawit sambil menantikan rider dari Gerek-Kulim lalu untuk snap sekeping dua gambar buat update di sini. Dalam ramai-ramai dok kayuh tu, ramai jugak member yang perasan aku dok terpacak dalam hutan kelapa sawit dengan kereta aku yang dah convert jadi 4WD hari ni. Ada jugak yang tanya direction kat aku, sambil sambil ambik gambar, aku pun tolong la jugak jaga lalu lintas kereta motor orang yang masuk ke kawasan ladang, risau aku tengok laju satu macam saja. Nanti tak pasal-pasal jadi peristiwa yang tak diingini pulak. .....jangan pandang belakang
Ketibaan abah Chon
Takat ni takdak apa-apa la Chon woii!!!.....(itu untuk Chon la untuk aku ingat dah terkeluaq lidah dah)

Masing-masing punya pulun sampai tak lekat gambar.........silap setting ni kot, rasanya ambik gambar kategori sport pakai setting untuk kategori gambar kura-kura jadi macam ni la.


Mintak allen key kat orang nak pi main badminton , mintak mahap banyak-banyak la tak dapek den nak nolong haaa..........kalau nak reket dengan nasik lemak buleh la aku bagi.








Adi Hariman & geng lah kot rasanya
Zamree.....sudah tentu dari Gerek-Kulim
Mr Adi dr Gerek Gunung........
Peace yo!!!...............
Chewahhh!!.......Shidee, sempat posing


Zizan sudah sampai, sorry tak perasan, kelam kabut ambik gambar sampai kelabu terus. Laju sangat kot.
Masa ni Azhar Baimbai ni tengah kuat lagi nih...........kalau aku ada, kan selamat kita beramai-ramai
Team Gerek-Kulim kasi GEGARRRR!!!!!!........
Aku ambik gambar hang, hang ambik gambar aku........
Cukuplah posing ........
Penamat di Mengkuang Dam, aku blah dulu.......gi main badminton pulak.......join Bulu Ayam-Kulim hehehehehee...


Sekian saja update aku untuk kali ini, entah bila lagi lah aku dapat update macam ni........kali ni sempat lah jugak aku pi ambik gambar sebab on the way nak ke Kulim join Geng Bulu Ayam-Kulim main badminton, Nak kena tunggu jamboree yang dibuat 'On the way' aku nak ke mana-mana jugaklah nampak gayanya.......nak kena tunggu Jamboree Mengkuang ataupun jamboree Lunas pulak la.......kalau ada jamboree Shell BKE pun bagus jugak, lagi lah 'On the way" untuk aku......Adios!!!...


*Mintak mahap banyak, tension tak habis lagi....

26 September 2009

Bersendirian di Lembah Bujang Jamboree

Sabtu 26 Sept Merbok - Jamboree pertama selepas berpuasa dan raya. Kali ni istimewa sikit kerana nama aku dan GEREK KULIM termasuk dalam VIP punya list no# 002. Kawan aku pulak siap no#001. Tu yang buat orang heran dan dok tegur sepanjang jalan. Gaya nak kayuh saja orang tegur.. gaya nak kayuh saya ada yang tegur. Depa ingat mesti geng kuat kayuh ni. Dari kelab sukan mana nih? Sambil muncung hujung mulut! Kih kih.. layan!





Kalih kiri kalih kanan tak kelihatan pun geng geng dari Gerek Kulim yg register hari tu. Tepon pun tarak munyi kot kot mau mai tak tau jalan. Aku kayuh jugak dengan member kampung aku sorang atas nama Gerek Kulim.



Setat depan balai polis Merbok tapi cuma dalam 300-400 orang saja yg join kayuh MTB dan dalam 500 orang lagi pulak dalam kategori larian dan majoritinya masyarakat Cina's. Mungkin terlalu dekat dengan hari raya yang baru ja lepas.


Macam biasa jumpa tasik kena ushar ikan ada ka dak dulu...

Cuaca cukup A hari ni. mendung jaa..

40km track tapi 16km on road dan selebihnya lebih kepada bukit, sawit dan ladang lembu. Campur sebulan dah tak training langsung kaki terasa fuyoo iaitu perasaan yang keluar dari kaki yang amat terasa letih kaki nak kayuh. Maka keluaqlah segala lemak ketupat, samprit dan segala kemanisan kuih raya. Senang cerita completed dalam keperitan.


Macam biasa tak buleh kayuh tetap tuntun naik.....

Biasa..Jatuh masa downhill

Uncle ni pun jatuh tapi dia sampai awai dari kami. Walaupun umuqnya mungkin 70an berbanding kami yang muda dan hensem. Holiau
Antara halangan terhebat track hari tu.
Dia punya ending kena kerabat naik balik bukit Merbok menuju ke muzium. Maak aaii.. masa ni aku memang dah macam nak lari balik jaa walaupun nak sampai dah.Uphill 2km kat ending tu



Aku sempat snap beberapa gerek dan dok cari gerek jenama Corratec belang hitam putih. Tapi tak dapat la Bob.. Tadak satu pun...Kalau ada hari tu aku akan tanya depa ni gerek Bob ka?!.


No VIP kali ni.
Budak budak sekolah sukan jugak yg menang.. bakal cyclist Malaysia nih!
Women kategori larian
Kena mai sini sebab sungai dia sejuk! Buleh basuh gerek sebelum balik.
Harap selepas ni GEREK KULIM kembali berjamboree beramai ramai. Hongga!Hongga! - Lanusin

08 September 2009

Gerekku dah hilang!!!.........


Suratan atau kebetulan........

| | |


Hujung minggu baru-baru ni sekali lagi aku ditimpa bala bencana. Setibanya aku dirumah di Seberang Jaya dari kampung, aku terus ternampak dawai pagar yang dah terbuka/terkoyak dipotong. Ya Allah!!....ini tentu pencuri dah pecah masuk ni!!!.........Aku terus meluru masuk kedalam rumah dan mendapati pintu belakang dan hadapan masih lagi berkunci. Alhamdulillah!! Maksudnya pencuri tu tak masuk kedalam rumah........tapi apa pulak yang hilang ni?!?!?..........bila saja aku keluar kehadapan rumah di sebelah penyidai baju……….
Ya Allahhhh!!!!!..........basikal aku!!!!.............kedua-duanya dah tak ada!!!!.........dah sahlah penyamun-penyamun tu dah melarikan basikal aku kedua-duanya. Hai nampaknya bencana sekali lagi bertandang dalam hidup aku ni…..ntahlahh ?!?!??!...

Aku terus terdiam sedang bini aku dok mula mengeluarkan ayat-ayat "kalau"nya tu………dah terlambat nak ber"kalau" dah, nasi dah jadi bubur. Aku Cuma diam sajalah ………...Dari gaya modus operandi dan cara diaorang masuk, nampaknya diaorang dah plan dengan teliti dan memang dah target basikal aku tu untuk dicuri. Dari segi kedudukan rumah aku tu, aku rasa pencuri keparat tu memang orang dari kawasan sini jugak disebabkan kedudukan rumah aku yang agak terceruk dihujung lorong dan dilakukan oleh lebih dari 2 orang.

Kepada rakan-rakan se MTB sekalian, disini aku memohon kerjasama dan jasa baik kengkawan sekalian. Tolonglah buka-bukakan mata dan telinga, jika mendengar atau ternampak basikal aku ini atau ada cakap-cakap tentang orang-orang yang cuba menjual barangan basikal pada anda tolonglah hubungi aku. Sebar-sebarkan juga pada rakan-rakan lain, juga kepada mereka yang baru berangan-angan nak beli basikal yang mungkin bakal menjadi sasaran utama sebagai pembeli barangan curi ini.

Sebenarnya aku kehilangan 2 basikal iaitu Corratec yang selalu aku guna tu dan juga Diamond Back yang jarang digunakan . Walaupun bagi sestengah orang harga kedua-duanya tidak seberapa tapi bagi aku tidaklah kecil nilainya. Sila refer pada gambar untuk gambaran sebenar basikal, jika ternampak atau mempunyai maklumat berkaitan sila hubungi aku di 012-4257495.

Diatas kejadian kehilangan basikal aku nan semangga itu, dengan ini aku mengumumkan persaraan wajib aku dari dunia MTB ini dengan berat hatinya. Juga akan mengangkat jariku dari keyboard daripada memberikan sebarang laporan terkini di Gerek-Kulim....... Sekian

Yang kecewa, terpana, terkesima dan frust tahap gaban,
Bob a.k.a Syahazli

04 September 2009

Jom Kayuh Bubur Lambuk

Sendal-Sendal Ramadhan:
Alhamdulilallah sempena Ramadhan Al-Mubarak kali ini aku telah berjaya mendapat tajaan dari Nestle (M) Sdn Bhd untuk menyediakan bubur lambuk dan diedarkan kepada orang ramai, memandangkan aku sebahagian dari warga residen Kulim Perdana maka aku membawa project ini untuk community aku, tak kan pulak nak ajak geng GK masuk bubur kut, jenuh kita nak edarkan 500packs bubur dengan kayuh gerek...hehehehe...Bob, tentu tak larat nak kayuh punya aihhh...nak harap Zizan seorang jenuh "engko" laa nooo...Lanusin...tak habis2 lagi dengan Nasi Briyani Ishar dia tuu..hat ahli2 geng lain pon tentu tak leh nak bagi commitment punya aihhh...aku pulak...macam biasa laa....dok kayuh kat rumah jer....tu pon ringan2 jer...kayuh pelan2...Puasa..!!! Tu dia mukaddimah dia, so-aku bawalah program ni ke Kulim Perdana, KHTP.
Sukacita aku nak maklumkan, pada sesiapa yang ada kelapangan tu, 090909 - cantek tak date yg aku pilih..? bersamaan dengan hari Rabu, jemputlah ke Surau Al-Ittihad, Kulim Perdana untuk menjayakan program ini. Program bermula jam 11pagi , Team "Lets MASAK-MASAK Maggi@Nestle " akan menyediakan sepenuhnya kelengkapan dan kakitangan untuk program ini. Jemputlah untuk turut serta menjayakan program ini dan rasakan kelainan Bubur Lambuk Maggi yang pastinya setanding dengan Bubur Lambuk Kampung Baru.
Sekian..Harap Maklum
To all - Selamat Menjalani Ibadat Puasa & Ikutlah resmi Zizan, penganyuh tegar GK...malam2 pon dok ukur jalan disekitar Kulim....TAHNIAH.

01 September 2009

Jamboree Raya

Dear all Gerek Kulim members,
Barang sesiapa yg hendak melepaskan gian mengayuh bulan Syawal nanti, disini ada Event sempoi punya.. sila drop nama sapa yg nak join kat shoutbox.. nama akan diupdate kemudian.. Mai oi ramai2 kita register.. tapau lemang, ketupat, rendang mai Jamboree.. sempoi dok ada nooo.. for more detail http://lembahbujangjamboree.blogspot.com/


16 August 2009

Rombongan Geng GK ke Sedim ......sampai Bukit Auw!!

Cerita oleh : "Wahid Kasran" Kalau sebelum ni dah ada suara-suara nakal yang dok tanya ke mana geng gerek kulim menghilang, maka ini adalah sebahagaian dari satu jawapannya. Kami masih lagi aktif di arena kayuh mengayuh ni, cuma tidak mengayuh secara tegar atau sepanjang masa. Ada hari keutamaan diberi kepada kayuh cari rezeki, ada masa kayuh makan kenduri, ada masa lain pulak masing-masing kayuh layan anak bini, maka dengan ini terjawablah segala persoalan sebelum ini. Selain itu yang sebenarnya GGK ada jugak 3-4 aktiviti kayuh lain tapi disebabkan olah tiada bukti visual (gambor)maka dengan sebab itulah maka ceritanya pun maleh nak update disini. Selain itu tuan penulis regular pun agak sibuk dalam masa sebulan dua ni maka kuranglah jugak masa untuk kayuh gerek ni. Dalam dok kata sibuk tu,dah ada sikit kelapangan minggu ni maka aku pun triggerlah Zizan ayam tambatan kami (no 62 Kedah Jamboree baru-baru ni, tahniah lah jugak sebab dapat capai bawah 100), tanya dia apa plan. Selepas sejam aku pun dapat message dari dia kata plan nak ke Sedim pulak minggu ni, layan on road lah pulook, lagipun dah berbulan- bulan tak layan on road, last haritu pun masa ke Ulu Paip, bak kata Che Det "Dah lamaaaa daahhh!!!!...." Canteklah tu!!!......aku pikiaq, buleh jugak layan mandi sungai ka apa patut. Masalahnya nak start dari mana???, dari Kulim ka.........atau untuk aku, start dari Seberang Jaya??......hehehehehe Selepas dah pikiaq masak-masak, maka dengan keputusan yang separuh masak maka kami pun berjanjilah nak berkumpul di Petronas Sungai Kob pada jam 7.30 pagi iaitu port pemunggahan biasa kami di area sebelah sana. Maka pada pagi yang dijanjikan aku pun dengan penuh bersemangat, ya lah dah sebulan lebih tak kayuh (last di UUM)maka bertolaklah aku dari Seberang Jaya menuju ke Kulim. Selain dari semangat nak kayuh, aku pun semangat jugak nak menghirup udara segar dari Kulim yang dah lama aku tak rasa, tak dapat hirup dapat sikk sikit pun jadilah kata aku dalam hati.......asyik dok rasa asap bas, lori dan kereta di Seberang Jaya saja boleh jadi benak otak nih......sambil melayan radio Sinar dengan telatah Khairik, Saleh Yaakob dan Kak Engku aku layan lah drive sorang-sorang, ada 3 ekoq tu tak boringlah sangat aku drive. Setelah setengah jam drive aku pun sampai ke Sungai Kob, tapi......... Aik!!!......depa ni dah tinggai aku ka?!?!?!!!.......aku tau la aku lambat dekat setengah jam tapi mana pakat pi ni semua hilang dah ni........aku pun tepon Zizan......"Zan hang ada mana?!???!......, Ooooo tak sampai lagiii, ha takpalah aku tunggu sinilah, belakang Petronas tak buleh parking depa buat ekspo plak kita parking depan sekolah memandulah bertentang dengan stesen pam NGV", kata aku kat Zizan. Dlam pada dok cakap aku terperasan jugak ada bro mana ntah dok isi angin kat pam tu, "ishhh itu macam dok pam angin tayar gerek saja tu?!?!?!?!?...haaa betui la itu Shidee tu, rupanya dah ada geng yang dah sampai". Dengan tidak membuang masa lepas itu kami pun sama-sama parking kat tempat yang aku sebut tadi, sambil dok tunggu kawan-kawan yang lain kami pun punggah dan pasang la gerek kami. Dah siap pasang gerek tu pun, depa yang lain tak sampai lagi, tak cukup pasang gerek tu kami sambung pulak polish gerek kami sampai kilat, tak cukup lama lagi tu maka kami siap pi beli ayaq bekal pulak, itu pun depa tak sampai lagi........sambung lagi kami bubuh minyak rantai, siap fine tune FD/RD ....nak habaq kata lama sungguh laaa kami tunggu, barulah nampak sekonyong-konyong sebuah kancil 'sukan' lowered dok mai........"Ha tu dia Zizan dah sampai!!......" kata aku kat Shidee. Zizan bila saja dah sampai, bila turun saja teruih dia kata mintak maaf banyak-banyak tanpa disuruh-suruh lagi dah, kami pun balas balik kata takpalahhh biasa lah tu.........tapi aik takkan 3 orang saja kot mana lagi Mie and geng mana pi, dan tak lama kemudian Ein, Nasir dengan Mat pun sampai tapi mana pulak Takumie San pulak dah?!?!?.........cerita pi cerita mai barulah tau depa yang lain tak dapat mai sebab ada komitmen lain dan Takumie San sendiri minggu ni dia layan scrambler pulak dah........wuiii la nia dia layan dua roda ada enjin pulak dahh!!!!!, hebat sungguh dia la ni....... Zizan hari ni layan on road pakai tayar super motard, layan kona ni sedap hingga menjilat tar nih!!!!........ Sama tak serupa Punggah la cepat-cepat matahari dah tinggi ni Walaupun depa yang lain tak jadi mai seperti yang dirancang program kami tetap jalan, 2 orang ka 3 orang ka kami tetap jalan maka pada jam lebih kurang pukui 9 pagi kami pun bertolaklah menuju ke Sedim. Belum pun 1 km bertolak, dengan laju Mat potong habih kami semua sambil kata "woi brek belakang aku problem woi, berenti sat!!!!.....", maka kami pun berenti didepan sekolah Sungai Kob di tepi jalan tu. Laaaa awat pulak dah?!?!?!?!.........oooo brek problem Hang perati betui-betui pomen Nasir yang juga merangkap pomen rasmi kayuhan dari Takumie Motorsport. Haaaaa!!!! ....tengok tu, brek makan sebelah saja, sebelah lagi hilang selera!!... Tengok bro, luar pagar gua lah raja, ni tengok nih gua isap rokok.......ini saja tunjuk contoh yang tak baik supaya budak-budak tak ikut. ......"apa benda la pakat dok belek ramai-ramai ni, takat brek rosak tu buang sajalah!!!.......gerek pak cik langsung tak brek pakai selipar saja tahan tayar belakang....itupun pakcik down hill relaks saja!!!!....."....fikir pak cik jaga lampu lintas jalan Tu dia pomen kami bekerja keras......pomen merangkap Tok Tua Sungai Seluang. Repair pakai tangan tak jalan, pakat meratib pulak laaaa kot kot mau OK.......repair pakai tenaga batin, ini Tok Tua ajaq Haaaa!!!! kan dah buleh tu..............tirulah cara kami ni mesti OK punya!!! Nuuuun dia jalan jauh lagi, 10Km lagi kot nak sampai Sedim Aku dah kata, aku lead.........habih semua aku potong, tengok ni kecik kepala-kepala punya kayuh!!!.. Nasir .........sang pujangga Shidee......first time join kayuh, first time and last time jumpa masa di UUM Alaaahhh Sedim tu apa lah sangat, kayuh gitu-gitu pun dah buleh sampai. Ish putus napas pulak dah, ini masa uphill bukit auw
Yang ni lagi stim, mencanak-canak uphill
Sendiri mau ingat, uphill teruk-teruk downhill pun klimaks la
"Bang kat depan tu ada apa lagi?,ada jalan pi mana-mana ka?",..........tanya kat bro atas motor tu
"Tengok tu ulat gonggok gergasi!!".......
Bro atas motor, tampil brutal tapiii..............hehehehehehehe

Ni ulat ka 'ulaq' punyala besaq
Bro tu dah offer no phone sekor pun tak mau ambik, siap tak ngaku ada hand phone lagi.......siap bagi hint lagi hehehehehheheeee............."Ambik la no phone kami ni!!???......sombong la u all, u all nie!!!??...". Eeeeieeeee geli siot!!!.

video
Dahhh, cukuplah tu kita turun pi mandi pulak
Naser
Shidee
Mat
Ein

Patah balik, patah balik sini tak buleh mandi ...........tapi kalau rasa nak buat rafting pakai gerek silakan saja, mesti hancus punyalah




Kita mandi dulu!!!!.....















05 August 2009

Dikala sepi menyapa.....

Sang purnama ingin berbicara, apakan daya......bicara kosong tiada cerita, manakan kisah dari Jitra buat bicara........juga tidak seberapa, hanya secebis buat paparan, maafkan kami.

Apa pun Geng Gerek-Kulim sedang mengumpul tenaga untuk membuat kemunculan secara penuh bergaya, nantikan al -kisah dari kami..........seterusnya dari beberapa lokasi kayuh di sekitar Kulim dan Seberang Perai baru-baru ini. Dibawakan khas hanya di Gerek-Kulim.