...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

21 July 2009


19 July 2009

Siaran tertunda dari UMM XC-Race 2009.....




Seperti yang diuar-uarkan didalam blog kami sebelum ini, hari ini sekali lagi Gerek-Kulim telah selamat mengikuti satu lagi jamboree MTB atau dengan lebih tepat lagi perlumbaan MTB yang diadakan di UUM Sintok, Kedah. Gambar diatas memaparkan barisan rider-rider dari Gerek-Kulim yang berjumlah 17 orang. Nantikan laporan penuh beserta gambar-gambar menarik dari 2 orang jurufoto kami iaitu Bob dan Takumis San.






UUM XC-Race (Organizer hampeh!!!)..... The Journey Begin

Sabtu 18 Julai 2009......Team Gerek-Kulim yang terdiri dari 17 orang ahli telah bertolak secara beransur-ansur dari Kulim. Ada yang bertolak pada awal petang dan ada kumpulan pada lewat petang. Aku sendiri pun bertolak pada pukul6 petang setelah settle semua-hal-hal dirumah, dan untuk ke UUM kali ni aku hanya berseorangan, ini pun setelah Zul yang aku tanya langsung tak reply,awalnya tu dia jugak yang sibuk tanya pasai transport kata tak dak keretalah kereta kena tarik lah. Takpalah sorang pun sorang lah no hal punyer back to original plan , seperti biasa hari tu kereta agak banyak diatas jalan raya mungkin masing-masing nak pergi jalan-jalan lah kot bersempena cuti hujung minggu. Nak melayan perasaan boring drive sorang-sorang ni aku pun amalkanlah kaedah menjarakkan kenderaan dengan menggunakan tips memandu yang biasa iaitu menjarakkan kenderaan dihadapan 2 saat. Aku pun mengiralah 2 saat tu....."orang utan 1, orang utan 2" , oklah tu safe distant dah tu. Tetapi sepanjang perjalanan tu banyak kali jugak kiraan safe distance aku terganggu bila aku kira macam tu

"Orang utan 1"...
"Orang utan 2".
Cisss!!!! ada babi pulak dah di tengah-tengah!!....

Dua tiga kali jugaklah babi dok menyelit menjadikan jarak tak selamat....memang babi sungguh!!.........apapun aku continue memandu macam biasa sajalah malas nak cari gaduh.

Pesanannya di sini "Jarakkan kenderaan anda supaya sentiasa di dalam safe distance, jangan jadi babi ditengah"....hehehhehehe




Tiba di bandaraya Changlun, lebih kurang 8.00 malam

Tiba di rumah tamu di kolej kediaman UUM




MAt dan Mat Amin serius dok bincang apa ntah
Thanks to Amin kerana menguruskan tempat tinggal, murah bangat dan selesa






Aksi memunggah la apa lagi







Takumie dan NAsir......mesra satu macam saja nihj, ceria lepas kantung penuh, ini malam sebelum ride, ceria bangat sihhh .......before
Pekena "Bapak lembu merah".......tarik tenaga untuk besoknya
Hotdog panggang?!??!....tak pernah jumpa kat tempat lain
Mesorat plsn untuk esok, jugak tentang no yang hilan........organizer hampeh, Sib baik pi ambik malam, kalu tunggu besok paginya pakai lagi kelam kabut




Kuda tunggangan yang telah disediakan untuk kayuhan
Woi mai ambik baju woi......awat aku punya takdak plak
Penyampaian jersey dan goodies oleh Lan usin, formal sungguh!!
Pakat pening, over excited pun ada

Aksi tukar tayar, training nih........just to make sure dapat tukar tayar kurang dari 15 saat. Racelah katakan. Zam tengah dok buat demo.

Tengok tu, training sampai berlubang tayar........... tak menang tak tau la

Yang ni paling penting, senjata ampuh.....kamera la, ini takdak pakai takdak bukti la







Seriap inci diperiksa, memang niat nak menang sangat-sangat

Kuda dok rehat atas bumbung kereta pun ada.



Pagi hari yang dinanti-nantikan.........Muli tengah dok warm up
Semangat sungguh Muli pagi ni, antara yang paling awai siap
MAt Amin memanaskan badan, larian kilat sampai ambik gambar pun tak lekat
Aku baca jampi penangkap kilat, dah aku pulak lagi cepat dari dia lari
Masa ni semangat sungguh masing-masing dok masuk gerek dalam kereta


Aku pulak, macam mana aku ambik gerek aku dari kedai pian macam tulah jugak aku bawak terus ke pusat sukan UUM, langsung tak test...........punca segala bencana


Aksi memanaskan badan hehehehee........sambil lompat
Lan Usin dah sedia sesangat dah ni
Budin.....dah kuat dah jugak, dengan yang lain-lain dibelakang.NAsir macam marah saja pun




Geng baju oren, MCT MAnjung team......dah jumpa malam sebelum tu dikedai makan itu yang dapat tau kata baju boleh ambik. Kalau tidak pagi ni pakat pakai baju pagoda la jawabnya

Elehhh kacang saja tu.....dah orang tolak kami pun tumpang tolak la, segan kat depa yang lain
Masa ni pakat berenti.......mmm ambik angin ka ushar amoi, oooo pakat dok tengok Lyn Lee posing, cunnyerrrr
Dahlah tu kang melelah plak air liur ..................opocot ish kamera aku ni pun kena ayaq lioq jugak
Azhar menghampiri puncak
Takumie ambik nyawa ternganga mulut , ini dipuncak. Masa downhill lepas ni lah aku tergolek gaban.... ..Takumie meluru mai dari belakang kata jangan sapa-sapa pun pegang aku, jangan dok tulong.............................sat, satt dia nak ambik gambaq , hehehehehe hampeh betui, aku pun posing sajala




Acop......dok belakang aku sepanjang kyuh kali ni, saksi utama kejadian aku bergolek 2 kali tahap serius.....




Menangis terharu sebab dapat kayuh lintas sungai
Spesel......RD dok atas hehehehee bengkok daaaaa, apa lagi pakai patah balik. Ini milik bro dari manat ntah tak tanya lah pulak.



Trek cun gilerrr

Tengok tu, sempoy kan!!?!?!?!


Sampai tercabut tapak, bayangkanlah betapa bestnya dapat berjalan-jalan disini.............

Bro.... aku tak ingat nama la, siap bawak bekal manggis ngan pisang sesikat. Apa pun tak menghalang bersama bersuka ria heheheheee.....
Geng motor cakap depan sikit lagi saja ada checkpoint 3.......dekat saja kona sikit lagi. Ya lah tu!!!.......
Faizal (Comelz).......masa ni depa dok plan nak detour pi terowong komunis, aku teringin jugak tapi aku "patah hati"

Tolak jangan tak tolak.........sampai keras betis, sesampai saja di puncak ......



Nahhh haihhh!!!!!.............tu dia bukit "Patah Hati" menanti, patahlaaahhh hatiiii.............patahlahhhh hatiii!!!!....hikhikhikhik........menangis kurang berlagu



Berenti setiap beberapa puluh meter.......ehhh kurang dari beberapa puluh meter kot!>?!?>?!?




Nampak jalan dibelakang tu, kami baru sampai dari sana la
Yang ni nampak trek lagi jelas
Kan aku dah kata, berenti lagi.........tahap kritikal dah masa ni


Nuuunn sayup sayup trek yang dah dilalui

MAsa ni otak dah cramp........hehehehee mula la buat benda merepek (masa ni kami detour dari checkpoint 3 dah)

Orang lain tak lalu trek ni, hanya kami ahaks ahaks ahaks
Tahniah!!!! tahniah!!! tahniah kerana berjaya menyempurnakan misi kali ni.......penganjur haram tak sambut rider pun....takpa kami ada tolong sambut tak kisahlah sapa pun. Mat Amin mengekori rapat dibelakang
Ya itu dia Mat Amin!!!..........

Yaaaa MAt Amin pun menamatkan kayuhan beliau.........dengan kalungan tayar dileher menandakan misi telah pun sempurna TAHNIAH!!!!


TAHNIAH juga kepada rider kesebelasan utama dari Gerek-Kulim, tidak lupa juga rider "kebelasahan" dari Gerek-Kulim, yang pastinya sekurang-kurangnya geng kami menamatkan kayuhan sehingga checkpoint 3 iaitu stage yang paling perit .............


Garisan penamat














Ayam tambatan Gerek-Kulim.........dapat topi!!!, hehehehehee nombot tulih kat dalam kot sebab tak nampak kat luaq.




Cendera hati untuk team yang join, ini Gerek-Kulim punya!!..........

NANTIKAN LAGI AKSI SEBENAR GEREK_KULIM DI UUM XC RACE.........