Bob dan rakan2 sekalian, "berkatalah BENAR walaupun PAHIT", susah untuk aku nak memperjelaskan disini diatas ketidak hadiran aku pada kayuhan yang lepas.Alasan Mertua aku datang dari Pahang langsung tidak diterima pakai oleh Bob....! Hang tak pa la Bob, Mertua dok sejengkai dari rumah, aku ni...nun jauh di Timur sana nu..hang ingat dekat kaa? Kena ler entertain sikit kalau depa mai..maklumlah aku kan menantu kesayangan...!
Tapi itu semua tak penting,mungkin tulisan boleh ditipu TETAPI gambaq menceritakan segalanya....Kronologi kenapa aku tak kayuh lagi Ahad lepas..
Ahad-July 5th, 2009 : 630AM
Kesejukan terasa sehingga ketulang hitam dikala aku bangun dipagi tersebut,dek kerana kesejukan yang melampau dan khuatiri aku dilanda hypothermia aku bingkas menuju kearah tingkap bilik aku. Terkejut aku bila melihat keadaan diluar,lantas aku mencapai camera utk mempotretkan fenomena tersebut. Patutlah aku kesejukan, rupanya ......hangpa tengoklah sendiri apa yang berlaku pagi tu..
Hah...macam mana nak kayuh ni? Aku mana la tahan sejuk,blh beku kalau kayuh dlm cuaca begini. Dek kerana fenomena ini jarang2 berlaku di Kulim ni maka aku mengambil kesempatan utk bergambaq la barang sekeping dua..Selang tak berapa minit, handphone aku berdering..Mak Mertua aku dah berada kat BKE, terus aku mandi dan tukaq pakaian rasmi Malaysia pagi tu untuk menyambut Mertua kesayangan aku.Sampai aje mereka dirumah..aku minta untuk bergambaq dulu utk dijadikan bukti pada Bob dan Rakan2 yang aku memang tak blh nak turun kayuh pagi tu sebab salji turun kat rumah aku dan mak mertua dgn adik ipaq aku mai rumah aku.Sekian sahaja laporan saya yang bertajuk "Penjelasan kpd Bob, kenapa Culas nak Kayuh "untuk kali ini
06 July 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment