...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

22 March 2010

Menuju puncak....AF8 ka??

Menuju puncak,
gemilang cahaya,
Mengukir cita seindah rasa,
Menuju puncak, impian dihati,
Bersatu janji kawan sejati,
Pasti berjaya di Akademi Fantasia.....o yeaaa!!!

Apa kejadahnya lagu AF pun ada di Gerek Kulim ni, takkan GK terkena demam AF8 yang hampeh lagi menghampehkan tu.........adakah GK juga telah demam Afundi, ataupun GK memerlukan undi anda semua untuk memenangi AF??!?!?!.....oh tidak!!!! sekali-kali tidak!!!.......yang sebenarnya itulah lagu yang sayup-sayup dinyanyikan oleh tok penghulu Gerek Kulim didalam hati kecilnya semasa menuju ke puncak Jerai hari tu....... (aik?!?!? macam mana aku boleh tau ni?!?!?! heheheheheh)

Kalau sebelum ni kami di Gerek Kulim setakat dok dengar saja team lain dok pi layan Gunung Jerai yang tersohor seantero nusantara tu. Apa yang menariknya laluan ke puncak Gunung Jerai ni??.....tentulah laluan mendaki yang sangat mencanak tu. Tapi kali ni Gerek Kulim juga akhirnya telah berjaya mencapai matlamat menawan Gunung Jerai seperti yang diidam-idamkan.
Penghulu dan Mat dengan tetamu hari ni (Din)
Masa ni tengah dok dengar briefing pasai jenis-jenis lesen yang ditawarkan di Gunung Jerai. OOOOOOOO!!! banyak jenis rupanya ingat lesen B2 dengan D saja rupanya ada lagi. Masing-masing waktu ni dok angan-angan nak ambik lesen paling besaq la, yang kecik mana mau!!!..............rupanya Bro ni pun duduk area-area sini jugak, pendek kata macam penunggu Gunung Jerai lah jugak.
Masa ni dok berhimpun dengan final briefing sebelum mula kayuh, Ein posing ala-ala 'Ada aku kesah!!!!''..........auw!!

Moh ler kiter, nunggu amendernyer lagi

asa baru mula ni, masing-masing ikut dalam peloton lagi. Sama laju, sama gagah........

Chaon dan Mat, curi angin nih....pantang problem sikit pakat berenti habih,

Penghulu berposing lepas settle problem beskal Nazir Gerek Bukit, kelihatan jugak Jad Gerek Bukit. Kita posing lagi!!!......Ish hari ni berasa segak lah pulokk!!!...lebih segak dari biasa!!.
Shidee berjaya mencecah Km7 dah Tu dia!!! dia dok mai dah!!....apa benda dok ikut belakang tu?!?!?!.....
Bergambar kenangan dengan student UNIMAP.......ish macam buku biografi Jeneral pencen pulakk hehehehehehee..........mohon lalu ya!!!.....
Sayup-sayup nun shidee dibawah nuuuu!!!!........kecikkk-kecikkk
Akhirnya berjaya tiba di destinasi
daripada 6 riders yang berjaya sampai destinasi ( Usop,Shidee,Romdzi gbukit,Nazir gbukit,Din (guest ) dan chaon ( ambik gambar ). Kita minum duluuu!!!
Gambar di pencawang
Inilahj bukti kata Gerek dah menjengah ke puncak Jerai...Tahniah semua, tahniah Gerek Kulim!!!............
6 riders di pencawang ( Chaon,Din ( guest ),Shidee,Romdzi gbukit,Usop,Nazir
Bukti pada ketinggian 1200m
Lagi Bukti pada ketinggian 1200m
Dah sampai bawak balik......
Sessi borak kosong sebelum balik kulim
Jarak kayuhan gunung jerai berdasarkan meter dari basikal Chaon.

Ringkasan dari tour kali ni,
1.Kayuhan telah bermula pada pukul 09.05am...terpacak-terima kasih kepada semua kerana menepati masa yang ditetapkan (*itupun lepas tok penghulu bagi amaran tindakan tatatertib sebelum ni)

2.Total riders 12 org (7 gerek kulim,3 gerek bukit dan 2 guest )- Ini terdiri dari pengayuh tegar dan juga yang ketegar.

3. Seperti briefing sebelum mendaki, lesen gunung jerai seperti berikut
Lesen C - Hanya sampai kilometer 6
Lesen B - Sampai muzium
Lesen A - Sampai resort gunung jerai
Lesen J Full - Sampai pencawang gunung jerai,tambahan 2 kilometer dari resort gunung jerai.

Secara ringkasnya 6 riders telah berjaya mencapai Lesen B dan 6 lagi riders berjaya mencapai Lesen J Full di pencawang.....Apa pun sekali lagi tahniah buat semua yang ikut serta. Sekian laporan dari Gunung Jerai.

Laporan dibawakan oleh : Chaon
Tukang karut : Syahazli aka Bob

18 March 2010

Kayuh Bendang


Sebelum ke Ipoh nanti Gerek Kulim juga ada satu lagi plan kayuhan.......iaitu Kayuh Bendang anjuran Majlis Belia Seberang Perai. Untuk kayuhan kali ni Gerek Kulim akan menghantar kontinjen yang tidak kurang ramainya kali ni....... ada dekat 20 orang rasanya, dan setakat ini Chef de' Mission belum dikenalpasti, kemungkinan besar oleh Penghulu GK sendiri lah kot. Untuk kawan-kawan yang belum berdaftar dan berminat sila dapatkian borang di kedai Takumie ataupun boleh ambik secara online diwebsite-website berkenaan. Jom kita beramai-ramai memeriahkan majlis nanti ya!!!! Mai OOOO!!!! Maiiiii!!!!...kita pi sama-sama!!!....

15 March 2010

RUN10....Ride Up North 2010

Ni dia nak habaq bagi kata baru-baru ni Gerek Kulim pun ada hantaq wakil pi RUN10, kot ada yang tak berapa nak clear lagi RUN10 tu apa benda, sebenarnya perkataan tu adalah singkatan untuk Ride Up North 2010 la, amboi pandai sungguh no depa bubuh nama, nak macam nama cekelat pun ada jugak, nak macam nama kartun pun ada jugak, apa nama tu BEN10 ?!?!?!?.......
Apa pun untuk tidak memerapukan ketukan keyboard kali, tu dia pi lah tengok sendiri gambar dibawah tu, punyalah meriah nak habaq kata kayuhan RUN10 ni. Ditambah lagi meriah dengan kehadiran DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizudin untuk melepaskan peserta (betui ka perkatan melepaskan, macam lepas ayam saja pun?!?!?...) atau dalam bahasa orang putihnya flag off.

Walaupun geng Gerek Kulim ni ramai tapi untuk RUN10 ni yang terlepas ke kayuhan kali ni hanya 2 orang saja iaitu Chaon dan Usop. Kira yang terlepas ni pun bukan calang-calang lah jugak. Yang lain awai-awai lagi dah bagitau kata sibuk, itu yang pakat tak buleh pi tu, sibuk jaga anak bini dalam pantang saja pun dah 3-4 orang, yang nak 'menarik' pun ada jugak, yang 'marka' tak bagi pi pun ada jugak (tok penghulu kot)!!!!.........Apa pun wakil kami kali ni pun tak kurang hebat jugak tu, walaupun bukan ayam sabung yang turun......yang berdua tu pun taji dok asah selalu tu, kalau dah champian tu champian lah jugak.
Chaon dan Usop, Gerek Kulim la mana mai lagi.....taji berkilat
2 riders dari gerek bukit ( Romzi,Mail dan Usop GK )
Chaon

Masa nak mula, flag off oleh Raja Muda Perlis.
Ini bukan bukit botak, yang lagu ni depa panggil Bukit Berangan, jenuh beranganlah jugak tera nak sampai atas tu........dengaq cerita takdak yang patah hati bila tengok bukit ni. Yang ni lah cabaran utama di RUN10 kali ni, tengok tu sayup-sayup saja pakat dok kayuh. Downhil pun buleh tahan ganazzz jugak nih.
Usop GK

Ringkasan dari misi Gerek Kulim oleh 2 wakil kali ni, kedua-dua riders GK telah berjaya menamatkan jambori dengan jayanya dan mendapat imbuhan medal sebelum pukul 11am-47km. Yes!!!.........Gerek Kulim berjaya lagi, walaupun hanya dengan 2 orang....Tahniah kepada Chaon dan Usop!!!!......

Dari cerita-ceriti dari rider lain masing-masing pakat puas hatilah untuk RUN10 kali jadi tidak lupa jugak tahniah kepada penganjur.

Nantikan kemunculan Geng Gerek Kulim lagi, akan beraksi di Ipoh pada 30 May ini............kali ini dengan penyertaan besar-besaran GEREK KULIM...............

Chau Chin Chau!!!!...........

Laporan oleh Chaon,
Pengarang Eksekutif :
Bob AKA Syahazli AKA Syah AKA Lie AKA Awie AKA Jan
*sedih tak boleh turun support event di negeri tanah tumpah ku...

11 March 2010

Breaking News



Mungkin ini salah satu teknik yg akan beliau pelajari..?

Salam to all,

Lagi berita baik utk makluman semua, Pihak pentadbiran baru sahaja mendapat green light dari pihak pembiaya dan trgn center berkenaan dgn trgn ayam sabung kita. Laporan sebelum ini ayam sabung kita cuma akan berada di negara Uncle SAM utk 2 minggu sahaja mengikuti latihan peringkat ke 3 teknik kayuhan LCBI, tapi hari ini kita beliau yakni ayam sabung GK telah di offer utk mengikuti satu lagi teknik latihan yang dikenali sebagai STHI juga peringkat ke-3 bagi meningkatkan lagi teknik kayuhan beliau. Dengan 2 teknik terbaru ini, pihak GK berharap semoga beliau akan lebih bersemangat utk berkayuh dan masa yang sama dapat mengajar teknik2 yang akan beliau ikuti nanti kepada ahli2 GK yang lain sekembalinya dari trgn2 tersebut. Maka dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa ayam sabung kita akan meninggalkan tanahair tercinta "Boleh Land" selama 5 minggu.
Beliau akan berangkat pada 19th March ni, 2 minggu pertama beliau akan mengikuti teknik latihan LCBI, minggu ke-3 beliau akan diberi rehat sambil bercuti dimana2 tempat yang beliau suka (khabarnya akan ke Las Vegas...!, Ingat...JUDI ITU HARAM...)dan minggu 4 dan ke-5 beliau akan mengikuti latihan teknik SHTI. Bagi pihak GK kami amat berbangga dengan pencapaian anda. TAHNIAH...Di harap sekembali beliau ke tanahair nanti bolehlah kiranya berjumpa dgn kami semua ahli2 GK untuk diberi buah tangan yang akan beliau beli untuk kita nanti.
Sekian...Harap Maklum

05 March 2010

Al-Kisah GK dan Ayam Sabung Kami - Letter from Founder



Salam to all,

Lama benar tak menulis dlm GK. Ni haaa, aku nak maklumkan berita baik utk semua gang GK. Diatas commitment, kerja keras dan jati diri yang ditunjukkan oleh ayam sabung kita sepanjang penglibatan beliau dalam arena pengkayuhan MTB ni maka pihak pengurusan Gerek Kulim akan menghantar beliau untuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk mengperkemaskan lagi teknik kayuhan LCBI peringkat ke 3( satu teknik yang cukup popular di negara Uncle SAM )maka sukacita dimaklumkan GK dgn kerjasama sponsor rasmi kita iaitu Intel Technology akan menghantar ayam sabung kita ni ke California, USA selama 2 minggu untuk berkursus di sana, setelah segala urusan VISA dapat diselesaikan dgn jayanya maka telah dapat disahkan yang beliau akan mengikuti latihan teknik kayuhan LCBI tersebut seperti yang dijadualkan, beliau akan berlepas ke negara Uncle SAM pada 22th March ini, diharap sekembalinya beliau kesini nanti, beliau dapat menurunkan ilmu2 yang akan beliau perolehi disepanjang 2 minggu training beliau disana nanti. Bagi pihak pengurusan GK, kami ingin menyucapkan Tahniah and Semoga anda akan terus menjadi asset kepada GK dan pihak sponsor kita. Last but not least...Jangan Lupa Buah Tangan Untuk Kami Semua.
Sekian, Harap Maklum.