Menuju puncak,
gemilang cahaya,
Mengukir cita seindah rasa,
Menuju puncak, impian dihati,
Bersatu janji kawan sejati,
Pasti berjaya di Akademi Fantasia.....o yeaaa!!!
Apa kejadahnya lagu AF pun ada di Gerek Kulim ni, takkan GK terkena demam AF8 yang hampeh lagi menghampehkan tu.........adakah GK juga telah demam Afundi, ataupun GK memerlukan undi anda semua untuk memenangi AF??!?!?!.....oh tidak!!!! sekali-kali tidak!!!.......yang sebenarnya itulah lagu yang sayup-sayup dinyanyikan oleh tok penghulu Gerek Kulim didalam hati kecilnya semasa menuju ke puncak Jerai hari tu....... (aik?!?!? macam mana aku boleh tau ni?!?!?! heheheheheh)
Kalau sebelum ni kami di Gerek Kulim setakat dok dengar saja team lain dok pi layan Gunung Jerai yang tersohor seantero nusantara tu. Apa yang menariknya laluan ke puncak Gunung Jerai ni??.....tentulah laluan mendaki yang sangat mencanak tu. Tapi kali ni Gerek Kulim juga akhirnya telah berjaya mencapai matlamat menawan Gunung Jerai seperti yang diidam-idamkan.
Penghulu dan Mat dengan tetamu hari ni (Din)
Masa ni tengah dok dengar briefing pasai jenis-jenis lesen yang ditawarkan di Gunung Jerai. OOOOOOOO!!! banyak jenis rupanya ingat lesen B2 dengan D saja rupanya ada lagi. Masing-masing waktu ni dok angan-angan nak ambik lesen paling besaq la, yang kecik mana mau!!!..............rupanya Bro ni pun duduk area-area sini jugak, pendek kata macam penunggu Gunung Jerai lah jugak.
Masa ni dok berhimpun dengan final briefing sebelum mula kayuh, Ein posing ala-ala 'Ada aku kesah!!!!''..........auw!!
Moh ler kiter, nunggu amendernyer lagi
asa baru mula ni, masing-masing ikut dalam peloton lagi. Sama laju, sama gagah........
Chaon dan Mat, curi angin nih....pantang problem sikit pakat berenti habih,
Penghulu berposing lepas settle problem beskal Nazir Gerek Bukit, kelihatan jugak Jad Gerek Bukit. Kita posing lagi!!!......Ish hari ni berasa segak lah pulokk!!!...lebih segak dari biasa!!.
Shidee berjaya mencecah Km7 dah Tu dia!!! dia dok mai dah!!....apa benda dok ikut belakang tu?!?!?!.....
Bergambar kenangan dengan student UNIMAP.......ish macam buku biografi Jeneral pencen pulakk hehehehehehee..........mohon lalu ya!!!.....
Sayup-sayup nun shidee dibawah nuuuu!!!!........kecikkk-kecikkk
Akhirnya berjaya tiba di destinasi
daripada 6 riders yang berjaya sampai destinasi ( Usop,Shidee,Romdzi gbukit,Nazir gbukit,Din (guest ) dan chaon ( ambik gambar ). Kita minum duluuu!!!
Gambar di pencawang
Inilahj bukti kata Gerek dah menjengah ke puncak Jerai...Tahniah semua, tahniah Gerek Kulim!!!............
6 riders di pencawang ( Chaon,Din ( guest ),Shidee,Romdzi gbukit,Usop,Nazir
Bukti pada ketinggian 1200m
Lagi Bukti pada ketinggian 1200m
Dah sampai bawak balik......
Sessi borak kosong sebelum balik kulim
Jarak kayuhan gunung jerai berdasarkan meter dari basikal Chaon.
Ringkasan dari tour kali ni,
1.Kayuhan telah bermula pada pukul 09.05am...terpacak-terima kasih kepada semua kerana menepati masa yang ditetapkan (*itupun lepas tok penghulu bagi amaran tindakan tatatertib sebelum ni)
2.Total riders 12 org (7 gerek kulim,3 gerek bukit dan 2 guest )- Ini terdiri dari pengayuh tegar dan juga yang ketegar.
3. Seperti briefing sebelum mendaki, lesen gunung jerai seperti berikut
Lesen C - Hanya sampai kilometer 6
Lesen B - Sampai muzium
Lesen A - Sampai resort gunung jerai
Lesen J Full - Sampai pencawang gunung jerai,tambahan 2 kilometer dari resort gunung jerai.
Secara ringkasnya 6 riders telah berjaya mencapai Lesen B dan 6 lagi riders berjaya mencapai Lesen J Full di pencawang.....Apa pun sekali lagi tahniah buat semua yang ikut serta. Sekian laporan dari Gunung Jerai.
Laporan dibawakan oleh : Chaon
Tukang karut : Syahazli aka Bob
22 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment