...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

04 July 2011

Gerek Kulim....pencen

Pejam celik, pejam celik dah hampir setahun blog ni ditinggalkan....rasanya macam baru saja 2-3 hari lepas aku dok kayuh sana sinidengan gerek aku yang dulu tu. Hari ni bila aku melawat balik site ni aku tengok date posting yang terakhir......kurang beberapa hari saja lagi akan genap setahun. Hari ni dah 4 July lagi 4 hari maka genap setahun blog ini ditinggalkan bersawang (sarang labah-labah siber).....aktiviti aku pun dah banyak berubah berbanding setahun dulu, aku kini kembali aktif, cuma bukan dalam aktiviti berbasikal. Sekarang aku banyak menghabiskan masa di gym bila ada kelapangan, ituupun hanya jika ada kesempatan dihujung minggu........apa pun, dari masa kesemasa aku rasa aku perlu menulis sesuatu disini agar site ini akan sentiasa hidup sebagai kenangan silam aku. Mungkin jika hari ini selepas setahun ia menjadi kenangan indah aku..........apatah lagi iaianya selapas 10-20 tahun.........InsyaAllah.