...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

05 July 2009

Pelamin anganku musnah!!.....

Yang sebenaqnya kali ni aku nak bubuh tajuk apa pun tak tau, yang paling sesuai......tapi rasa-rasanya yang paling sesuai adalah Pelamin anganku musnah & Ibu Mertuaku lah kot!!!.... Kalau semalam aku sibuk sungguh ke Tesco dekat rumah aku tu untuk buat persediaan untuk ke Sungai Kob yang mengikut perancangannya hari ni, tapi hari ni aku sedikit terkalut pulak sebab bangun lambat sikit. Asalnya janji dengan yang lain-lain nak jumpa di Petronas Sungai Kob pada pukul 7.30 pagi terpacak dan terus golek, tapi apakan daya dalam aku kalut siap pagi tadi aku dapat pulak message dari Azizan yang mengatakan projek Sg. Kob terpakse dibatalkan disebabkan oleh cuaca tak mengizinkan dengan hujan lebat dan angin kuat pada pagi tadi. Dan bagitulah juga musnahnya 'pelamin angan ' kami yang musnah gara -gara cuaca yang tak mengizinkan. Walaupun tujuan asal kensel tapi untuk tidak menghampakan rider baru kami iaitu Pak Jan dai KTC maka kami pun plan ke area trek rasmi Gerek-Kulim iaitu kawasan Sungai Seluang dan Sarang Ayam dan kawasan sekitarnya. Walaupun bunyinya macam tak berapa best dan walaupun aku deh memang dok biasa dikawasan ni rupa-rupanya ada lagi trek yang aku belum pernah sampai dan hari nilah menjadi kali pertama untuk aku sampai kesebahagian trek tersebut. Berjumpa di rumah Zian dulu nyembang , buat plan apa patut.... Masa ni dok berhimpun dikedai Takumie, pakat dok belek part gerek yang 'baru cat'. Ishhh lawa no 'cat kaler tu!!!...' Inilah Pak Jan dari KTC, kayuhan pertama beliau........pungkok tinggai belakang. Kami buat kejutan didalam ladang kelapa sawit, sambutan besar-besaran.... Tu dia 'baru cat' tuh meghelip menghelap tu!!! Ni pun ada part yang 'baru cat' jugak nih Tunggu punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu!!!!......rupanya pakat ramai yang tak buleh ikut hari ni banyak komitmen lain maka kami yang ada ni pun start kayuh terus la sebab dah banyak buang masa dok tunggu. MAsa di kedai Takyumie pakat mai bagi sokongan moral saja tapi tak ikut. NAik pun nampak gigi kira ok lah tu



Single track, pendek ajer tapi downhill memang best giler siott!!!....

Lagi downhill
Buat aksi rempitlah pulak


Pungkoq dah hilang dah tu, tengah dok cari rasa macam tinggal kat belakang.........satgi sampai la



AKu dah cakap aku sibuk, ha tengok ni seminggu lebih baru akusempat update baki gambar kayuh minggu lepas.












First time Pak Jan, sanggup depa buat lagu ni kat hang!!

Lekaih pak Jan lekaih, satgi kita pi singgah dikedai pekena nasik gulai ayam kampung.........

Pulun punya pulun punya pulun...........kedai tutup daaa hari ahad. Pak Jan dok terkumat-kamit, dok menyumpah lah kot heheheheheee

Aikkk geng Gerek-Kulim mana pulak tu siap gantung beg plastik hi henden.........kalau beg plastik ni mesti bukan geng gerek-kulim sebab kami dah pakai Green-Bag, sempena kempen alam sekitar............


Highlite untuk kayuhan kali ni, Pak Jan dari KTC......best dak, ntah la dia tak kata apa pun. ataupun tak buleh nak kata apa dah. Sekian alkisah.

No comments:

Post a Comment