Minggu lepas March 28 kayuhan yang di uar-uarkan sebelum itu telah dibatalkan. Ini disebabkan oleh ahli-ahli yang sibuk dengan urusan peribadi masing-masing. Maka pada hari Ahad hujung minggu itu maka satu kayuhan melampiaskan nafsu secara ringan telah diadakan dengan hanya disertai oleh seramai 4 orang ahli sahaja. Cadangan route telah disediakan oleh Lanusin bermula dari area rumahnya menuju ke Bukit 'Seksa' di belakang kilang First Solar di Kulim Hi Tech hinggalah ke Naga Lilit route biasa. Lihatlah sendiri offroad uphill bukit tersebut yang memang menyeksakan tapi juga amat sesuai untuk latihan uphill. Seperti biasa kayuhan dibuat secara teknik 'Slow tapi sampai' yang juga pada 1/4 terakhir turut melibatkan penggunaan kaedah mendaki manual hehehehe tolak lah tu (Aku sorang saja). Manakala downhill bukit tu tak payah ceritalah, memang kenikmatan maksimum!!!.........Lain kali kita panjat!!!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment