Minggu ini sebagai satu rutin mingguan bagi geng gerek Kulim, satu kayuhan ringan dengan rakan rakan yang free telah diadakan. Sebenarnya pembentangan plan kayuhan telah pun bermula 3-4 hari sebelum hari kayuhan oleh Azizan dan aku sendiri, ini adalah disebabkan oleh tiada bunyian dari kengkawan lain tentang pengisian program hujung minggu yang terkini. Trek yang dipilih sudah tentu trek rasmi gerek-kulim iaitu di naga lilit dan sarang ayam dikawasan kulim. *Ish betui ka nama tempat ni, kalau tak betui bagitau balik no!!!..
Pagi tadi aku pun macam biasa message Azizan untuk confirm program juga update tentang clearance untuk terbang dari DCA control tower. Setelah Azizan mendapat clearance maka aku pun bertolak ke Kulim dan berjanji dengan yang lain-lain untuk berjumpa di Kedai Kotamie.
Setelah semua berkumpul di kedai Kotamie maka sessi pasang basikal pun bermula, Tak ramai nampaknya hari ni hanya ada 5 orang sahaja, Lan Hussein nampaknya dah berubah hobi lagi. Hari ni dia nak pergi cari traktor, katanya boring uphill ngan offroad pakai basikal pakai traktor lah pulak lagi best……….itulah jawapan yang aku dapat dari Lan bila ajak kayuh pagi tadi.
On the way ke Kulim aku sempat call Zull tanya dia nak join tak ride pagi ni, macam biasalah jawapan sibuk menjadi alasan. Nak main badminton katanya, dia kata Lee Chowng Wei ajak turun sparring. Aku pun haaaa sajalahhh, "takpa lah kami pi dulu lah kot no". Apa pun kitaorang tetap jalan jugaklah walaupun hanya ada 5 orang takder hal punyalah. Tapi hari ni rupanya kami akan berdepan dengan masalah teknikal pulak, so kira dah jadi kayuhan ringan-ringan sajalah. *Bukan 'ringan-ringan' no, jangan salah paham plak takdak love bite punyalah. Tengok sajalah gambaq dibawah tu.
Kedai Kotamie Jalan Sg Seluang menjadi medan perhimpunan pagi ini
Ini basikal Azizan belum pasang
Siapa punya, tuan kedai yang punya!!!1 bukan Man Belon punyerrr!!!
Polygon baru beli tu, kaler garang mengancam
Tengah dok value basikal tu
MAsalah teknikal yang pertama, rantai tersangkut di crank. Seperti biasa saudara Azizan kita memberi bantuan
Problem dapat diselesaikan sebelum uphill
Pendakian panjang, amat sesuai untuk training
Mie dengan kamera barunya, untuk bukti kepada kawan-kawan lain kata dia pun dah jadi pengayuh tegar dah.
Melalui kilang First Solar
Maslah teknikal kedua, kali ni pedal hampir tercabut disebabkan oleh ball bearing yang tersangkut. Sekali kali lagi beramai-ramai cuba menyelesaikan masalah bersama-sama. Basikal tu baru keluar kedai sehari sebelum ni ajer.
Jangan sedih kengkawan ramai nak tolong
Tuan rehat, dia pun rehat la.....belemoih habih gerek kami
Azizan tengah pulun repair pedal atau dalam bahasa Melayunya 'rakap' tu buat sementara. *'Rakap' - dari geng gerek klasik
Dok pilih tool apa yang nak pakai, nasib baik ada bawak 'Swiss Army Tool'. Janji boleh jalan dulu.
TEnsion punya pasai......
Depa ni pakat dok isap dadah tepi jalan ka
Pendek kata lama sungguhla problem kali ni
Kita minum dulu....
Kami pun bersurai setelah selesai 'membaraikan' kembali basikal masing-masing. Sekian Wassalam.
*Kayuh kali ini dinamakan 'Ringan ringan' kerana trek kayuhan terpaksa dipendekkan kepada hanya beberapa belas kilometer sahaja disebabkan oleh masalah teknikal yang dihadapi, so jadilah ia kayuhan ringan yang hanya mampu 'menggelikan' pengayuh kategori tegar ..........hehehehe sapa tu???.....
27 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment