...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

08 April 2009

Hujung Minggu Yang COOL

Seperti yg dimaklumkan sebelum ni, Schedule Kayuhan Hujung Minggu kita tak diadakan last weekend sbb ramai team members yg ada komitmen lain, Bahang PRK N25 dan P59 pun sedikit sebanyak menyumbang kepada kemelut kegagalan team members utk berkayuh beramai-ramai.
Friday - 3rd APR : 0830PM
Bagi aku walaupun tak kayuh gerek,kalori perlu dibakar jugak..perut yg kian hari semakin galak menaik ni perlu dipaksa untuk beriadah utk sekurang2nya berpeluh gak ler hujung2 minggu ni. Kegiatan aku bermula seawal Jumaat malam, lepas maghrib memba2 taman ajak main badminton kat Sek.Men.Mengkuang-Cikgu Jamil & Cikgu Yusop beria2 ajak aku pi main, dewan baru siap kata depa.Memandangkan dah hampir 6 bulan dah tak main-aku pon setuju gak ler nak join.Dapat gak bertahan utk 8 games.
Saturday -4th APR : 0900AM
Seperti yg aku war2 sebelum ni, gang Slow Tapi Sampai dari Kulim Perdana plan nak main Golf.
Seawal 830AM, Azwan pusin satu taman dgn Estima dia utk mai amik kami, pagi tu Azwan, Aku, Tat & seorg kwn dr KP Aridie turun Kulim Golf Club utk Azwan try set golf baru dia. Masing2 pakat tunjuk skill.Gaya seorang PRO

Champion in the making......!Selesai layan driving range pagi tu, aku balik rest sat kat rumah-pastu around 230PM bertolak balik A/Setar dgn family-Janji dgn depa nak bw jalan2 cari makan.OTW ke Aloq Setaq amik kesempatan tinjau perkembangan N25-Menarik & Tertarik..! Menyusuri jalan belakang ke Aloq Setaq, aku dipertemukan dgn minuman kegemaran aku...Nira Nipah kat Area Gurun..Stop kat situ sat pekena nira nipah dgn jagung rebus..Selepas tu sambung perjalanan ke Aloq Setaq dlm keadaan hujan lebat sepanjang jalan. Kemana destinasi aku...? Tak lain tak bukan...Stadium Darulaman....Janji dgn mem besaq & anak2 nak bw tgk game Kedah Vs Kelate. Utk kali pertama season ni aku turun Stadium...Harap2 Tuah menyebelahi aku dgn Kedah mlm ni...Sampai kat stadium around 6pm, beli tiket and terus balik Jerlun sat. Lepas maghrib kami anak-beranak turun ke Stadium dan utk kali pertama gak aku bawa Jr aku yang paling bongsu, kalu sebelum ni siabang dgn kakaknya jer...tapi kali ni aku try bw dia sekali.Alhamdulilallah....tak byk songeh...tapi koyak gak ler poket aku...Asyik nak makan jer...!

Tapi apa boleh buat, Kedah kecundang mlm tu pada Kelate walaupun main cukup baik masa 1st half,siap leading 1-0 lagik....masa 2nd half...main mcm hampeehhh...alih2 Kelate dpt sumbat 2 bijik...Nah kau...kena 2-1. Selesai game terus bertolak blk Kulim, esok pagi anak2 nak sekolah..OTW balik Kulim semua anak bini tidoq sampailah ke rumah..Around 1AM kami sampai kat rumah..

Sunday - 5th APR : 0830AM

Selepas hantaq anak2 gi sekolah, aku pi main badminton dgn bdk2 intel pulak kat KM6...pehhh...kali ni baru syok main...sbb otot2 & skill2 kembali pulih selepas mula main balik Jumaat tu...tahan gak la dekat 10 set.Pehhh....Berpeluh sakan aku..tak rugi ler walaupun tak kayuh minggu ni.Satu hujung minggu yg paling COOL utk aku sekeluarga..Harap2 hujung minggu ni kita blh turun ke lapangan MTB semula...Azwan & TAT pun tak turun green hujung minggu ni, so Gang-tunggu apa lagi, plan ler satu ride utk hujung minggu ni..

Adios Amigos...Zulls d'Albuquerque

No comments:

Post a Comment