...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

22 April 2009

1st Le' Ride d’Langkap

Dengan kurniaan sedikit kelapangan pada hari Ahad 19 April 2009 aku mendapat message dari Azizan yang mengatakan Odd dan rakan-rakan lain akan kayuh di Langkap pada hari itu dan Zizan sendiri mungkin akan turut serta tapi still tak confirm sebab nak kena refer KDN dulu gara-gara Akujanji yang dibuat sebelum ini.
Disebabkan tahap gian aku mencapai tahap tertinggi maka tanpa segan silunya aku pun message Odd dengan message yang aku akan join diaorang untuk acara hari tu dan disambut dengan kata alu-aluan oleh saudara Odd untuk berjumpa di kedai bunga kertas. Walaupun dengan confidence aku message kata nak join, tapi di hati ni terdetik jugak ishhh boleh ka aku panjat Bukit Langkap ni sebab aku tengok dalam blog lain teruk jugak nak sampai. Kalau bagi yang tak tahu di mana Bukit Langkap ni, yang sebenarnya ia terletak berhampiran highway BKE saja. Dari highway kita boleh nampak di sebelah kanan (Seberang Jaya menghala ke Kulim) selepas sahaja Maktab Tunku Bainun ada sebuah bukit yang dapat dilihat satu rumah dilerengnya berhampiran dengan puncak. Itulah matlamat yang sebenarnya iaitu Bukit Langkap.
Dari rumah aku tanpa berlengah lagi aku pun terus menyiapkan peralatan dan barang yang sepatutnya dan terus menuju ke tempat yang dijanjikan iaitu kedai bunga kertas. Pada mulanya hanya ada beberapa biji kereta peserta sahaja namun kemudian menjadi lebih meriah dengan kehadiran rakan rakan lain dari Gerek Gunung, Odd dan rakan rakan, geng kereta sukan Kulim diketuai oleh Mie pomen, serta juga dari Tanah Liat dan Balik Pulau. Tak dilupakan sudah tentu wakil-wakil dari Gerek Kulim sendiri, pendek kata memang meriahlah acara hari tu manakala panjang kata pulak macam-macam ada dan happening dengan jumlah peserta yang agak ramai!!!.....

Layanlah gambar-gambar dibawah.......


















Slow Tapi Sampai..... macam lori balak



Lepak nunggu geng yang lain, ada yang dah patah balik. Diaorang cakap nak pitam dah.
Cantik kat atas ni, belum pun sampai puncak.




Jalan menuju puncak.....gemilang cahaya!!!..nun dibelakang tu jer.

Jalan di lereng bukit menuju ke puncak


Menunggu giliran untuk down hill


Pilih pilih mana mau, kalau nak extreme ambik kiri kalau nak yang kurang extreme sikit ambik kanan. Apapun DH ni memang best













Paling last sampai, tapi sampai dengan paling bergaya sebab water bottle penuh dengan Teh O Ais.



Lepak minum dulu sebelum bersurai, masa ni aku dah blah dah balik rumah. Bawak anak-anak pergi Ulu Paip pulak buat BBQ.

1 comment: