Kepada kengkawan sekalian ambillah pengajaran dari apa yang berlaku ini. Satu cubaan mencuri kereta aku telah berlaku semalam di kawasan perindustrian Perai di hadapan kilang Sony Electronic. Lihatlah gambar dibawah sebagai bukti, enjin telah pun berjaya dihidupkan oleh pencuri keparat tu dan ditinggalkan begitu sahaja. Masih tiada jawapan kenapa kereta aku ni ditinggalkan dengan enjin masih hidup..............Syukur kereta tidak dilarikan tetapi aku masih tiada jawapan kena ia tidak dilarikan sedangkan dengan hanya masuk gear dan terus jalan saja.Syukur kereta masih ada tetapi kerosakan yang juga ditinggalkan juga sangat menyakitkan hati, banyak wayar utama dalam enjin telahpun terbakar dan terkini langsung tidak dapat dihidupkan.
Kunci pintu belakang dikopak
Kereta yang diletakkan ditepi jalan utama, kesilapan paling ketara ialah ia berlawanan arus dengan jalan dengan sebelah pintu pemandu berada dibahagian terlindung. Jika mengikut arus jalan mungkinkah cubaan ini dilakukan???.......Rasanya yang terbaik pastikan kereta diletak mengikut arus jalan sekurang-kurangnya ia akan menjadi agak ketara jika sesuatu cuba dilakukan dibahagian pemandu.
bahagian dalam kereta
Berhati-hatilah!!!........minta dijauhkan dari kesusahan sebegini.
Syahazli...Bob
31 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment