...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

14 March 2009

Kayuhan Hujung Minggu - Our 1st Ride

Seperti yang dijanjikan,Sabtu 14th Mac 2009 seawal jam 730am Lanusin terpacak depan rumah aku,Tahniah utk Lanusin yang menepati masa.! Bersemangat sungguh Lan pagi tu, kayuh dr Tmn Perak seorg2 sampai ke depan rumah aku.Sementara dok tunggu hat yg lain2,dia amik kesempatan cuci gerek dia dulu.Hampeeh betul...Cewi tak habis2 lagi...!
Selang tak berapa minit, jiran aku Luthfi sampai dgn ditemani junior dia.

Sekitar jam 800am, seorg demi seorg sampai...Zizan dgn muka bersalah sampai cuba buat2 kalut utk cover.alasan sampai lambat sbb singgah kedai tapaw nasi lemak dulu..OK ler tu.Zizan terpaksa "mempolitik wang" Lanusin dgn nasi lemak utk bantu dia pasang gerek .PAStu Zam dr Kulim Square dan mengekori fr belakang TAT yg ditemani oleh Azwan yg tak dpt turut serta coz nak kena bawa mem besaq pi market..!!!Tuuu laa aku dok cakap jgn outstation kerap sgt, kan mem besaq dah curfew.!Bila semua ready kami proceed pi kat port utk tunggu Trekker kita utk ride ni, sapa lagi kalau bukan PAK ABU.
Dari jauh tengok saling tak tumpah mcm P.Ramlee ride gerek dlm cherita Penyamun Tarbus.Seisi pengenalan dgn Pak Abu.Dan seterusnya, acara wajib setiap kali sebelum Flag off... posing dulu ler. Semua yg janji nak turun hadir kecuali BOB yg last minute terpaksa cancel coz kena pi PIBG meeting sekolah tadika anak dia...hehehe...Tadika pon ada PIBG dlm zaman-zaman MATHS & SCIENCE dlm English ni(PPSMI)Selesai bergambaq, kami memulakan kayuhan melalui jln hi-tech headed to Polytechnic.Zizan cuba melakukan break away.Belum pon 5km kami masuk pit stop yg pertama, pekena nasik dulu, tak dak tenaga nak kayuh kata Lanusin kalu tak breakfast. Kami mengambil diet yg agak sederhana pagi tu.
Rahsia tenaga Pak Abu, Kicap Kipas Udang..!Penuh konsentrasi melayan kepala ikan duri dgn teluq masin.Selesai breakfast kami meneruskan kayuhan, Tak sampai 500m kami stop kat pit stop ke-2 pulak. 7-11 pakat pi beli energy water and power bar.Sementara dok tunggu team members lain dok beli stock kat 7-11, kita posing dulu.
Then, kayuhan sebenar bermula. Kami menyusuri laluan Tmn Seroja dan disambut oleh sekumpulan Anjing liar yang berkeliaran.Lanusin menggunakan sepenuhnya ilmu dr tok batin Royal Belum utk meng"cool"kan anjing2 tersebut.
Kami meneruskan kayuhan memasuki zon off road yang pertama dgn diketuai oleh Trekker Pak Abu.
Sambil berkayuh, sambil bergossip,uphill and down hill-sedaq tak sedaq kami dah melepasi CP4 masa Kulim Jamboree baru2 ni.Kami stop seketika utk berehat dan berposing utk shot2 yg menarik. Bergambaq dgn trektor pengangkut kelapa sawit. Utk cover album terbaru kami.!

Ahli Majlis Tertinggi Gerek-Kulim " SLOW TAPI SAMPAI" serious berbincang perkembangan semasa Club.
MT berbincang, comrades berposing.Hang nak main sepak takraw ker Lan...?Kami sambung kayuhan dgn laluan yg cukup mencabar, climbing for 3km.
Pak Abu tengah dok nego dgn Estate manager utk dpt permission trek kami. Ternyata pengalaman dan pengaruh Pak Abu memudahkan kayuhan kami pagi tersebut,kami meruskan kayuhan dan berhenti sekali lagi dipertengahan perjalanan utk santapan dan berehat seketika.Kalau tadi masa breakfast Zizan mengadap nasi kari kepala ikan dgn teluq masin, kali ni Lanusin pulak menunjukkan belangnya.Tanpa mempedulikan keadaan persekitaran, Lan tekun menghabiskan nasi yg dia tapaw masa breakfast awal tadi.

Kami yg hat lain2 lain borak dan makanan ringan utk mengelakkan dr obesiti. Macam nak camping ler pulak, siap bawa hammock tuuuuu...!Lepas makan, bdk seorg ni pi layan mandi ler pulak. Orang dok kalut buat house keeping & check gerek masing2 sebelum nak bertolak balik, dia boleh dok layan mandi pulak...!Tat sedang mencuba pam yg baru dibeli, dah tau rupanya nak tukaq tiub sendiri...!Selepas semua ready, kami meninggalkan lokasi utk bertolak balik, laluan baru yg lebih extreme dipilih oleh Pak Abu. Bukan setakat climbing & DH, malah kami terpaksa menanggung gerek masing2 utk melepasi halangan2, agak menarik juga trek utk ride pagi tu.Apa-apa hal pun bagi Pak Abu lepas dulu. Secara keseluruhan trek hari ni boleh dikategorikan agak menarik, dgn gaya kayuhan bersantai dan disusuli dgn gossip2 dari pelbagai issues, terpancar kepuasaan diwajah masing2 yg menyertai kayuhan pagi tersebut. Sekitar jam 100PM kami sampai semula di Kulim Perdana. Masing2 sibuk bergegas utk meneruskan commitment dgn family masing2 pulak. Untuk semua yang turun, Terima Kasih dan Tahniah.Alhamdulilallah kita berjaya dlm misi pertama kita, di harap lain2 masa kita dpt berkayuh bersama-sama lagi utk meningkatkan kesihatan2 masing-masing. Big Thanks to Pak Abu sbb meluangkan masa utk bersama dgn kami.
Last posing ala2 Group Rock KAPAK.












Terima kasih & Jumpa lagi.
Tukang Karut....Zulls d'Albuquerque.

No comments:

Post a Comment