...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

26 May 2009

Tiada alasan hanya jawapan.......

Oleh kerana posting yang sebelum ni merupakan jawapan secara online maka rasanya jawapan untuk provokasi dari aku juga secara online. Sebenarnya tiada masalah besar disini, sebagaimana aku ngan Zull dok saling provoke kat luar begitulah jugak secara onlinenya cuma di arena cycling ni peluang terbuka luas untuk aku provoke Zull diatas keculasan dia untuk menyertai aktiviti yang disertai sebahagian geng gerek-kulim sendiri. Ini disebabkan 'Gerek-Kulim' ini sendiri bermula specifically untuk aktiviti berbasikal, dah nama pun gerek. Bagi aku sendiri no problem, sebab gerek-kulim sendiri bukan entiti yang dibentuk secara rasmi dan ianya terbuka kepada sesiapa sahaja menjadi sebahagian dari team ini. Tiada ketua dan tiada ahli cuma semuanya sebahagian dari Team Gerek-Kulim dan semuanya kawan-kawan. Tiada beza cyclist lain dan geng Gerek-Kulim, hanya komitmen yang membawa Gerek-Kulim bersatu. Apa pun hidup Gerek-Kulim!!!!!......Tiada alasan, hanya jawapan atau komitmen. Pendek kata nak kayuh, kayuhla tiada unsur paksaan kalau sesiapa ada masa nak join jomla kayuh!!!.

* Rasanya tak timbul masalah nak marah ka tak marah, itu cuma provokasi. Dah ada team lain yang nak tiru shoutmix alasan tu dahhh......geng mana agaknya ya??..

No comments:

Post a Comment