Seperti yang dijanjikan tepat pada jam 7.30 pagi (terpacak 7.30) aku sampai, kali ni aku cuba menepati masa seboleh mungkin. Di kedai bunga kertas pada masa tu hanya ada Bob sedang menunggu sebelum diikuti oleh aku, Odd dan yang lain lain. Setelah semua persediaan selesai maka kami pun bertolak dan masing-masing berpecah mengikut team masing-masing. Team Hawk MTB bertolak untuk makan sarapan dahulu manakala kami terus menuju ke trek jalan tar. Di pertengahan jalan aku telah mengalami masalah teknikal dengan basikal aku. Rantai aku terlompat-lompat di kaset dan RD. Inilah jadi nya bila last minute tukar tayar sekali dengan kaset tapi tak buat setting. Sebelum ini aku ingat takder masalah pun masa aku dok test cycle. Buat pertama kali dalam aktiviti kayuh ni aku terpaksa berpatah balik.
Aku menghabiskan masa selama hampir setengah jam membetulkan rantai yang tersekat dan juga membuat tuning untuk RD. Syukur kedua-duanya selesai dalam masa yang agak singkat dan aku terus cuba mengejar kembali Odd dan geng walaupun ketinggalan hampir satu jam. Satu lagi masalah ialah aku tak tau trek yang diaorang lalu, so aku pun bertekad aku just ikut trek yang aku tau iaitu melalui jalan simen. Matlamat aku hanya satu iaitu kemuncak Langkap, batang balak dipuncak akan menjadi saksi. Dan itulah yang aku capai secara berseorangan.
No comments:
Post a Comment