...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

12 May 2009

Bukit 300....Naik nampak lidah, turun nampak gigi

Minggu ini geng gerek-Kulim berkesempatan join Odd dan geng yang lain ke Bukit 300. Kayuhan kali ini amat meriah dengan kehadiran 18 orang pengayuh yang terdiri dari kategori tegar, intermediate dan juga baru. Buat pertama kalinya jugak Chop dari PG7 juga turut menyertai kayuhan kali ini sebagai kayuhan pecah dara dengan merasmikan gerek yang baru dibeli sehari sebelum hari kayuhan. Dengan kondisi peserta dan keadaan trek yang dinikmati kali ini maka kayuhan ini dinamakan "Kayuh Naik Nampak Lidah, Turun Nampak Gigi". Dari nama pun dah boleh agak keadaan semasa kayuhan. Terima kasih kepada Odd dan rakan-rakan yang lain kerana dengan penuh sabar melayan kami (yang Slow Tapi Sampai) semasa kayuhan, kalau nak makan angin ajak lah kami lagi. Sebenarnya ianya memang matlamat kami untuk menikmati setiap inci muka bumi trek yang dilalui. So jangan marah. Apa pun kali ni memang puas hatilah sebab baru betul-betul boleh test endurance dan boleh tahu tahap kecerdasan diri sendiri . Aku pun dapat faham jugak tentang 'kelebihan' diri sendiri nie........memang lebih beb.

Seperti dijanjikan kami telah berkumpul stesen minyak Shell tidak jauh dari simpang ke Valdor. Dan aku seperti yang aku commit pada Azizan hanya dapat join kalau boleh tunggu 8.30 pagi lepas settle bab family. Aku bukan yang paling lambat so kena letak kesalahan kat orang yang paling last la hehehehe.






Muka muka tensen menunggu kengkawan, mintak mahap banyak-banyak aku paling awai pun bagai dikata la lepas 8.30 la.


Odd dimana??....Odd didepan



Sedang mempersiapkan mental dan fizikal

Selepas selesai sahaja bacaan doa oleh saudara Jad maka dengan rasminya kayuhan pun bermula, beberapa jam terlambat dari jadual asal.








Clembeng pun bermula


Masalah teknikal pertama, gear 10 sudah buat kacau daaa
Ramai sungguh yang nak menolong
Lega aih problem dah settle, sambil tu dapat jugak curik angin lepas uphill yang pertama.

Pulun tak mau mau



berenti lagi

tengok background tu, memang nyaman sungguh udara dalam hutan ni



Azizan dok halau nyamuk

Panjat lagi



Chop jalan dulu

Yang lain bagi sokongan moral

Masa ni Chop dah cramp dah, tok guru Zizan dok bagi sokongan moral dan khidmat nasihat. Siap tolong tolak basikal naik atas lagi. Aku pun tolak sajala.

diparas ni pun dah nampak nun sayup-sayup jauh disana segala kampung dan pekan..

pemandangan lagi



Nak tau berapa kecondongan climbing, tengoklah Azizan berdiri tu compare sudut tanah dengan kaki













Hampir ke puncak

Masa ni dah start turun balik. Pemandangan dikawasan ni paling cantik hampir 180 degreee view



Downhill nampak gigi, kalau silap bersepai gigi

Semua nampak gigi lepas downhill

Bukit nielah kami baru turun

Yang ni ada dimerata-rata, kebabooo!!!!........

Rilek ambik nafas pekena air sejuk.

Otai penat layan geng STS.....slow sungguh!!! hehehehe

Ini dah sampai balik kat dewan Sungai Duri, Jat happy sebab sampai awai kot

kepuasan tergambar dari kayuhan pertama Chop. Lain kali kita kayuh lagi Alhamdulillah semua selamat sampai kembali ke tempat bermula kayuhan di dewan Sungai Duri, lepas pakat simpan gerek masing-masing maka kami pun beransur lah balik kerumah masing masing. Yang KDN dok call 3-4 kali tu lagi lah laju pederas balik.

* Mungkin gerek-Kulim buleh buat satu kayuhan rasmi ke sini lagi suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment