...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

26 May 2009

Tiada alasan hanya jawapan.......

Oleh kerana posting yang sebelum ni merupakan jawapan secara online maka rasanya jawapan untuk provokasi dari aku juga secara online. Sebenarnya tiada masalah besar disini, sebagaimana aku ngan Zull dok saling provoke kat luar begitulah jugak secara onlinenya cuma di arena cycling ni peluang terbuka luas untuk aku provoke Zull diatas keculasan dia untuk menyertai aktiviti yang disertai sebahagian geng gerek-kulim sendiri. Ini disebabkan 'Gerek-Kulim' ini sendiri bermula specifically untuk aktiviti berbasikal, dah nama pun gerek. Bagi aku sendiri no problem, sebab gerek-kulim sendiri bukan entiti yang dibentuk secara rasmi dan ianya terbuka kepada sesiapa sahaja menjadi sebahagian dari team ini. Tiada ketua dan tiada ahli cuma semuanya sebahagian dari Team Gerek-Kulim dan semuanya kawan-kawan. Tiada beza cyclist lain dan geng Gerek-Kulim, hanya komitmen yang membawa Gerek-Kulim bersatu. Apa pun hidup Gerek-Kulim!!!!!......Tiada alasan, hanya jawapan atau komitmen. Pendek kata nak kayuh, kayuhla tiada unsur paksaan kalau sesiapa ada masa nak join jomla kayuh!!!.

* Rasanya tak timbul masalah nak marah ka tak marah, itu cuma provokasi. Dah ada team lain yang nak tiru shoutmix alasan tu dahhh......geng mana agaknya ya??..

25 May 2009

Satu lagu hujung minggu yang Happening

Ramai yang bertanya kemana aku menghilang? Kenapa dlm lama tak kayuh? Bob tak habis2 lagi hangin satu badan dgn aku, siap buat satu forum kat blog utk alasan kenapa tak kayuh...hehehe..ni jawapan utk semua persoalan itu..
Lately ni aku beralih hobi sat, terpaksa tinggalkan aktiviti kayuhan kerana aktiviti2 lain tak kurang menarik utk diperkatakan. Sebelum ni pon aku memang dok melayan aktiviti2 ni cuma bila diperkenalkan dgn MTB, terasa mcm menarik pulak,so tinggalkanlah dulu hat yg lain2 tu.
MTB ka, Badminton Ka, Golf Ka, memancing ka,atau apa saja aktiviti riadah yg kita buat, yang pentingnya bersukan, mengeluarkan penuh dan menjalani kehidupan social yang sihat...Jangan dok merempit dah....!
So, utk hujung minggu baru ni, aku percaya team members Slow Tapi Sampai yang hardcore pon tak berkayuh, sebab dia ....depa pon join aku gak main badminton,jgn mare aaahhhh Bob, bukan aku yg ajak depa, tapi depa yg mai join aku...hehehehe
Sebelum cerita pasai badminton..kita cerita sikit bab aku pi mancing kat Tuas, Yan..Trip dgn bdk opis yang lansung tak pernah pi mengail...fusshhh...kalu sebelum ni aku laa yg paling mangkaq bila pi mancing tapi utk trip kali ni, akulah yg jadi sifu...4 org yg ikut aku tu, semuanya ZERO, dari nak pasang mesin, perambut, umpan, nak baling, apollo, casting, bottom, hanyut, tenggiri, belitong, jacket, kerisi, dan segalanya tentang dunia memancing ni.
Hari sabtu - 23 May, seawal 430am kami bertolak dari Kulim ke Yan.singgah subuh kat SP & teruskan perjalanan ke Kuala Dulang, Yan.
Sampai kat Kuala Dulang, Tekong Pak Halim sedia menanti. sebelum bertolak spt biasa,pekena nasi lemak kat jeti dulu..Jam 730 terpacak kami berlima meninggalkan Kuala Dulang utk visi melayan Ikan Tenggiri.

Aku, Adi & Harris.Seisi Taklimat bagaimana menahan dari tak muntah.....!Mempersiapkan senjata untuk bertarung...macam biasa semua aku kena settle.Pemancing2 kali pertama merasa kenikmatan nak boat ke laut lepas...Hazard, Aris,Adi & Faz- kata depa sebelum ni depa dok macing Throut jer kat Tasik di US, tu yang tak tau nak mancing kat laut Malaysia tuuuu....Hampeh...!Hasil pertama kami hari tu...seekoq Tenggiri ~ 6kg...Sapa yang naikkan..? Tak lain tak bukan...Aku ler. Tapi yang hangpa pakat sibuk nak amik gambaq tu, pasai apa...?Selepas berhempas pulas seharian, dapat ler 3 ekoq tenggiri, sekoq belitong, 2 ekoq mayong & berpuloh2 ekoq ikan2 hasil dari Apollo.On the way balik jeti, singgah check bubu sotong...peehhhh....dapat gak sotong2 yang saiz sekaki sekoq...

Sekitar jam 5PM, kami meninggalkan perairan Yan dgn penuh kepuasan.Sampai kat rumah sekitar jam 9pm.Keesokkan harinya.,dapat call dari Lanusin tanya nak main badminton dak, aku heran ler gak coz biasanya lanusin, zizan and bob ni merupakan penganyuh2 tegar Gerek-Kulim, alih2 pagi ni depa nak main badminton pulak. Aku pulak mcm biasa ler, semenjak sebulan dua yg lepas mmg every sunday morning dah schedule main badminton ngan bdk2 Intel. So, pagi tu sampai kat court KM6-tengok2 depa semua lagi awai dari aku..Jangan marah nooo BOB..!Pengayuh tegar Slow Tapi Sampai tengah dok nak buat servis, panjat bukit mmg ler hg tinggai aku, tapi kalu kat court....mau tau ler...hehehehe

Lanusin mengunakan sepenuhnya skill Down Hill untuk menahan SMASH aku..!Sirajuddin bekas killer Takraw Malaysia pun join kami gak main badminton la ni. Minggu ni kena straight set dgn aku...padan muka hang...! Minggu lepas bukan main juah lagi hang noooo..!Pasangan paling digeruni kat KM5/6...!

Jadi tulah serba sedikit penyebab kenapa aku tak join hangpa lately ni, Zizan tanya aku masa main badminton baru ni, aku tak mau juai ka gerek aku...? makan dalam gak soalan tu..! Walaupun tak kayuh masuk hutan, panjat bukit bukau, pusin island ...tapi aktiviti kayuhan sikit2 tu tetap aku teruskan, cuma lani gerek aku dah pasang dgn beca anak aku balik ler...dok jadi supir depa...pagi2 hantaq anak pi tadikan & ptg2 bawa kayuhan sekitar taman...jadi ler...utk org2 yg macam aku ni...!!!!

Sekian utk kali ni, mohon maap kalu ada yg terasa dgn tulisan aku, baik dari Allah SWT yg buruk tu kelemahan aku sebagai manusia.

10-Q and rgds./ Zulls d'Albuquerque

"Aku kerjakan masalahku; dan kau kerjakan masalahmu..aku didunia ini bukan untuk memenuhi segala kehendakmu dan kau didunia ini bukan untuk memenuhi segala kehendakku! Kau adalah kau dan aku adalah aku. Jika kita bertemu kerana sesuatu kesempatan...itulah suatu KEINDAHAN namanya"

19 May 2009

Ulu Relau pulak.....Tak Slow Tak Sampai

Seperti yang di update dalam site gerek gunung dan Odd, minggu ni pulak team Gerek Kulim telah menyertai kayuh ke Ulu Relau pulak dengan di ketuai oleh team Gerek Gunung. Dari Gerek Kulim kami dibarisi oleh Lanusin, Azizan, Mat, Ein dan juga diri aku sendiri....Yang sebenarnya aku malas nak update aktiviti minggu sebabnya ishhh malas nak citer laaa........tengok sajalah gambar dibawah tu.











Ini apa aku dan Lan dok lepak dan tengok, selebihnya bagai dikata malas nak citer......heheheheh Lan ada nak sambung kot cerita ni.

Apa yang problem........mmmmm rasanya brek Lan kot problem.






18 May 2009

Jamboree Kedah, 1 August 2009

Coming soon.....
Kedah Jamboree on August 1st 2009

Jom pakat register cepat-cepat sebab tempat limited 500 participants sahaja. Gerek-Kulim bakal menghantar barisan peserta terbaikkk ke Jamboree kali ini.......
Keterangan lanjut tentang jamboree ni sila lawat ke http://kedahjamboree.com/blog/

12 May 2009

Bukit 300....Naik nampak lidah, turun nampak gigi

Minggu ini geng gerek-Kulim berkesempatan join Odd dan geng yang lain ke Bukit 300. Kayuhan kali ini amat meriah dengan kehadiran 18 orang pengayuh yang terdiri dari kategori tegar, intermediate dan juga baru. Buat pertama kalinya jugak Chop dari PG7 juga turut menyertai kayuhan kali ini sebagai kayuhan pecah dara dengan merasmikan gerek yang baru dibeli sehari sebelum hari kayuhan. Dengan kondisi peserta dan keadaan trek yang dinikmati kali ini maka kayuhan ini dinamakan "Kayuh Naik Nampak Lidah, Turun Nampak Gigi". Dari nama pun dah boleh agak keadaan semasa kayuhan. Terima kasih kepada Odd dan rakan-rakan yang lain kerana dengan penuh sabar melayan kami (yang Slow Tapi Sampai) semasa kayuhan, kalau nak makan angin ajak lah kami lagi. Sebenarnya ianya memang matlamat kami untuk menikmati setiap inci muka bumi trek yang dilalui. So jangan marah. Apa pun kali ni memang puas hatilah sebab baru betul-betul boleh test endurance dan boleh tahu tahap kecerdasan diri sendiri . Aku pun dapat faham jugak tentang 'kelebihan' diri sendiri nie........memang lebih beb.

Seperti dijanjikan kami telah berkumpul stesen minyak Shell tidak jauh dari simpang ke Valdor. Dan aku seperti yang aku commit pada Azizan hanya dapat join kalau boleh tunggu 8.30 pagi lepas settle bab family. Aku bukan yang paling lambat so kena letak kesalahan kat orang yang paling last la hehehehe.






Muka muka tensen menunggu kengkawan, mintak mahap banyak-banyak aku paling awai pun bagai dikata la lepas 8.30 la.


Odd dimana??....Odd didepan



Sedang mempersiapkan mental dan fizikal

Selepas selesai sahaja bacaan doa oleh saudara Jad maka dengan rasminya kayuhan pun bermula, beberapa jam terlambat dari jadual asal.








Clembeng pun bermula


Masalah teknikal pertama, gear 10 sudah buat kacau daaa
Ramai sungguh yang nak menolong
Lega aih problem dah settle, sambil tu dapat jugak curik angin lepas uphill yang pertama.

Pulun tak mau mau



berenti lagi

tengok background tu, memang nyaman sungguh udara dalam hutan ni



Azizan dok halau nyamuk

Panjat lagi



Chop jalan dulu

Yang lain bagi sokongan moral

Masa ni Chop dah cramp dah, tok guru Zizan dok bagi sokongan moral dan khidmat nasihat. Siap tolong tolak basikal naik atas lagi. Aku pun tolak sajala.

diparas ni pun dah nampak nun sayup-sayup jauh disana segala kampung dan pekan..

pemandangan lagi



Nak tau berapa kecondongan climbing, tengoklah Azizan berdiri tu compare sudut tanah dengan kaki













Hampir ke puncak

Masa ni dah start turun balik. Pemandangan dikawasan ni paling cantik hampir 180 degreee view



Downhill nampak gigi, kalau silap bersepai gigi

Semua nampak gigi lepas downhill

Bukit nielah kami baru turun

Yang ni ada dimerata-rata, kebabooo!!!!........

Rilek ambik nafas pekena air sejuk.

Otai penat layan geng STS.....slow sungguh!!! hehehehe

Ini dah sampai balik kat dewan Sungai Duri, Jat happy sebab sampai awai kot

kepuasan tergambar dari kayuhan pertama Chop. Lain kali kita kayuh lagi Alhamdulillah semua selamat sampai kembali ke tempat bermula kayuhan di dewan Sungai Duri, lepas pakat simpan gerek masing-masing maka kami pun beransur lah balik kerumah masing masing. Yang KDN dok call 3-4 kali tu lagi lah laju pederas balik.

* Mungkin gerek-Kulim buleh buat satu kayuhan rasmi ke sini lagi suatu hari nanti.