16 July 2009
Labels:
Jamboree
06 July 2009
Zull's Disini......
Bob dan rakan2 sekalian, "berkatalah BENAR walaupun PAHIT", susah untuk aku nak memperjelaskan disini diatas ketidak hadiran aku pada kayuhan yang lepas.Alasan Mertua aku datang dari Pahang langsung tidak diterima pakai oleh Bob....! Hang tak pa la Bob, Mertua dok sejengkai dari rumah, aku ni...nun jauh di Timur sana nu..hang ingat dekat kaa? Kena ler entertain sikit kalau depa mai..maklumlah aku kan menantu kesayangan...!
Tapi itu semua tak penting,mungkin tulisan boleh ditipu TETAPI gambaq menceritakan segalanya....Kronologi kenapa aku tak kayuh lagi Ahad lepas..
Ahad-July 5th, 2009 : 630AM
Kesejukan terasa sehingga ketulang hitam dikala aku bangun dipagi tersebut,dek kerana kesejukan yang melampau dan khuatiri aku dilanda hypothermia aku bingkas menuju kearah tingkap bilik aku. Terkejut aku bila melihat keadaan diluar,lantas aku mencapai camera utk mempotretkan fenomena tersebut. Patutlah aku kesejukan, rupanya ......hangpa tengoklah sendiri apa yang berlaku pagi tu..
Hah...macam mana nak kayuh ni? Aku mana la tahan sejuk,blh beku kalau kayuh dlm cuaca begini. Dek kerana fenomena ini jarang2 berlaku di Kulim ni maka aku mengambil kesempatan utk bergambaq la barang sekeping dua..
Selang tak berapa minit, handphone aku berdering..Mak Mertua aku dah berada kat BKE, terus aku mandi dan tukaq pakaian rasmi Malaysia pagi tu untuk menyambut Mertua kesayangan aku.Sampai aje mereka dirumah..aku minta untuk bergambaq dulu utk dijadikan bukti pada Bob dan Rakan2 yang aku memang tak blh nak turun kayuh pagi tu sebab salji turun kat rumah aku dan mak mertua dgn adik ipaq aku mai rumah aku.Sekian sahaja laporan saya yang bertajuk "Penjelasan kpd Bob, kenapa Culas nak Kayuh "untuk kali ini
Tapi itu semua tak penting,mungkin tulisan boleh ditipu TETAPI gambaq menceritakan segalanya....Kronologi kenapa aku tak kayuh lagi Ahad lepas..
Ahad-July 5th, 2009 : 630AM
Kesejukan terasa sehingga ketulang hitam dikala aku bangun dipagi tersebut,dek kerana kesejukan yang melampau dan khuatiri aku dilanda hypothermia aku bingkas menuju kearah tingkap bilik aku. Terkejut aku bila melihat keadaan diluar,lantas aku mencapai camera utk mempotretkan fenomena tersebut. Patutlah aku kesejukan, rupanya ......hangpa tengoklah sendiri apa yang berlaku pagi tu..
Hah...macam mana nak kayuh ni? Aku mana la tahan sejuk,blh beku kalau kayuh dlm cuaca begini. Dek kerana fenomena ini jarang2 berlaku di Kulim ni maka aku mengambil kesempatan utk bergambaq la barang sekeping dua..
Dimana kan ku cari
Dimana kan kucari Al Bukhari, dimana kan kucari Al Tarmizi, dimana kan kucari Al Ghazali..... yang pasti bukan disini
Disini boleh cari Zul Denggi, tapi mana dia sudah pergi??!?!?!?!!!........
jeng jeng jeng!!!........
Sekali lagi Zul menghilangkan dirinya, kali ini dengan alasan mertua mai dari kampung pulak dah. Semasa kami sedang berkayuh satu panggilan tunjuk sebab telah dibuat kepada kami dan jawapan dari aku, tunggulah tengok dalam blog nanti. Buat kesekian kalinya ahli Gerek-Kulim ini telah culas untuk menghadiri sessi kayuhan mingguan dan satu siasatan dalaman akan diadakan dan dijangkakan satu tindakan tatatertib akan diambil.
Kehilangan Zul dikategorikan sebagai 'Missing Before Action' iaitu kehilangan anggota yang terjadi even sebelum misi bermula........kira-kiranya satu kehilangan tahap hampeh peringkat tertinggilah ni hehehehheeee......puiii!!!!!
05 July 2009
Pelamin anganku musnah!!.....
Yang sebenaqnya kali ni aku nak bubuh tajuk apa pun tak tau, yang paling sesuai......tapi rasa-rasanya yang paling sesuai adalah Pelamin anganku musnah & Ibu Mertuaku lah kot!!!.... Kalau semalam aku sibuk sungguh ke Tesco dekat rumah aku tu untuk buat persediaan untuk ke Sungai Kob yang mengikut perancangannya hari ni, tapi hari ni aku sedikit terkalut pulak sebab bangun lambat sikit. Asalnya janji dengan yang lain-lain nak jumpa di Petronas Sungai Kob pada pukul 7.30 pagi terpacak dan terus golek, tapi apakan daya dalam aku kalut siap pagi tadi aku dapat pulak message dari Azizan yang mengatakan projek Sg. Kob terpakse dibatalkan disebabkan oleh cuaca tak mengizinkan dengan hujan lebat dan angin kuat pada pagi tadi. Dan bagitulah juga musnahnya 'pelamin angan ' kami yang musnah gara -gara cuaca yang tak mengizinkan. Walaupun tujuan asal kensel tapi untuk tidak menghampakan rider baru kami iaitu Pak Jan dai KTC maka kami pun plan ke area trek rasmi Gerek-Kulim iaitu kawasan Sungai Seluang dan Sarang Ayam dan kawasan sekitarnya. Walaupun bunyinya macam tak berapa best dan walaupun aku deh memang dok biasa dikawasan ni rupa-rupanya ada lagi trek yang aku belum pernah sampai dan hari nilah menjadi kali pertama untuk aku sampai kesebahagian trek tersebut.
Berjumpa di rumah Zian dulu nyembang , buat plan apa patut....
Masa ni dok berhimpun dikedai Takumie, pakat dok belek part gerek yang 'baru cat'. Ishhh lawa no 'cat kaler tu!!!...'
Inilah Pak Jan dari KTC, kayuhan pertama beliau........pungkok tinggai belakang. Kami buat kejutan didalam ladang kelapa sawit, sambutan besar-besaran....
Tu dia 'baru cat' tuh meghelip menghelap tu!!!
Ni pun ada part yang 'baru cat' jugak nih
Tunggu punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu!!!!......rupanya pakat ramai yang tak buleh ikut hari ni banyak komitmen lain maka kami yang ada ni pun start kayuh terus la sebab dah banyak buang masa dok tunggu. MAsa di kedai Takyumie pakat mai bagi sokongan moral saja tapi tak ikut.
NAik pun nampak gigi kira ok lah tu


Single track, pendek ajer tapi downhill memang best giler siott!!!....

Lagi downhill
Buat aksi rempitlah pulak


Pungkoq dah hilang dah tu, tengah dok cari rasa macam tinggal kat belakang.........satgi sampai la


AKu dah cakap aku sibuk, ha tengok ni seminggu lebih baru akusempat update baki gambar kayuh minggu lepas.










First time Pak Jan, sanggup depa buat lagu ni kat hang!!

Lekaih pak Jan lekaih, satgi kita pi singgah dikedai pekena nasik gulai ayam kampung.........

Pulun punya pulun punya pulun...........kedai tutup daaa hari ahad. Pak Jan dok terkumat-kamit, dok menyumpah lah kot heheheheheee

Aikkk geng Gerek-Kulim mana pulak tu siap gantung beg plastik hi henden.........kalau beg plastik ni mesti bukan geng gerek-kulim sebab kami dah pakai Green-Bag, sempena kempen alam sekitar............


Highlite untuk kayuhan kali ni, Pak Jan dari KTC......best dak, ntah la dia tak kata apa pun. ataupun tak buleh nak kata apa dah. Sekian alkisah.
AKu dah cakap aku sibuk, ha tengok ni seminggu lebih baru akusempat update baki gambar kayuh minggu lepas.
Highlite untuk kayuhan kali ni, Pak Jan dari KTC......best dak, ntah la dia tak kata apa pun. ataupun tak buleh nak kata apa dah. Sekian alkisah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
