...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

04 May 2010

KTM2010, Kayuhan Terang Malam 2010

Arakian tersebutlah alkisah akan satu jamboree MTB yang telah diadakan di Kulim Hi Tech Park yang terletak di jajahan takluk negeri Kedah Darul Aman ini. Seperti yang di kisahkan sebelum bahawa lebih 700 ratus peserta mengambil bahagian jika tidak silap firasat hamba penulis hikayat ini. Maka al kisah pun bermula.



Disatu simpang, kelihatan seorang anggota keselamatan yang berdedikasi sedang mengawal lalulintas disitu. Di wajahnya terukir kesungguhan untuk mengawal keadaan sebaik mungkin, di hati kecilnya pula berbisik......"akan aku pastikan bila mana saja aku tahan lalu lintas di simpang ini, tidak akan ada satu pun kenderaan yang akan dapat bergerak melepasi simpang ini waima lalat sekalipun tidak akan berani melintas"....kata bro RELA ini dalam hati.
"Woi woi Mat hang pulun nak pi mana tu, tadi hang kata nak pi kedai beli singgam (Chewing gum) dulu, oii oiii tunggu oii hang nak pi mana tu, satgi mak kita marah oi"........kata mereka yang terlibat dalam adegan kejar mengejar ini "Kami pun nak pi jugak"....
Antara beberapa peserta wanita pertama yang tiba, yang atas bukan yang bawah tu.
Mr Takumie San, sedang menggunakan hikmat lampu tak tersuluh akibat lampu motor yang rosak.



Perkhidmatan menukar tayar turut disediakan oleh penganjur?!?!?!?!?!?!!!........

Hi...Bye Bye!!!.....

Ada benda nak terkeluar pulak dah!!!!.......
"Peace Yo!!!......."
Wuh...wuh....wuh...wuh!!!!!!..........huuhhuhuhuhuhuhu
Peserta ini dari Perlis jika tidak silap
Nak masuk waktu dah ni.....takpa, pelan-pelan kayuh







Pian tokun, hang bagi la signal awai sikit....kan dah blurrr!!!!........




Eiiiii gelinyer!!!!!........tu pacat bang!!!!....., Yang ni I kesah !!!......


Wajah-wajah peserta yang menjelma dari kegelapan malam.

Bang!!!.....sini ada lagi parking, lajak mai la!!..
"Ini yang aku malas nih!!!...."












Din membelah kegelapan


Ini bukan penanggal.....inilah hasil cubaan mengambil gambar dalam kegelapan







Downhill sepantas kilat
Albert

Keadaan sebenar dilaluan-laluan trek KTM
Marshal tidak diundang, tidak berdaftar mahupun diketahui oleh penganjur, 100% sukarela.

Apa pun janji happy......



Pengarang bersama marshal geng scrambler

















Mat B dan Lan Usin



Kenalan Lan Usin masa study dulu, rupanya dah jadi usahawan kedai Basikal......One Stop Cycle di Bertam.




Masing-masing mata pun dah jadi satu macam.



Satu-satunya wakil dari Gerek Kulim Iaitu Azhar, Kayuh baimbai






*Semua imej telah di compress untuk menjimatkan masa untuk download. Komen tentang gambar adalah untuk tujuan hiburan semata-mata tidak bertujuan untuk mengenakan sesiapa atau untuk tujuan menghina. Terimalah ia seadanya.

29 April 2010

Gerek-Kulim Sini Sana

Assalamualaikum......
Hai kawan-kawan!!!!.......
Aper ceghiternyer yer. Lamer bebenor takder update disini yer. Ni ha!!!......dah terlajak teman login ke sini, disini jugak teman updatekan sedikit aktiviti terkini Gerek-Kulim.

Pada tarikh 01/05/2010 ini di Jamboree KTM, 4 riders dari Gerek Kulim akan bertindak sebagai sweeper di acara tersebut, ini adalah juga sebagai satu tanda sokongan untuk jamboree KTM 2010 tahun ini.






Riders yang terlibat ialah Chaon,Mat,D-One dan Amir dan keempat-empat riders Gerek Kulim ini akan bersama-sama 2 riders dari team yang lain
iaitu Din ( Hawk ) dan Azhar ( IKBN Perlis ) akan menghadirkan diri dan memberikan sokongan padu maut diacara tersebut. Jadi marilah kita beramai-ramai dan bersama-sama menjayakan event tersebut.

Untuk aktiviti seterusnya, berdasarkan jadual Gerek-Kulim yang dipersetujui sebelum ini, Gerek Kulim akan menyertai:

Kayuhan Jelapang - 22/05/2010
Happy to ride Ipoh - 30/05/2010

Hebahan: Maklumat pendaftaran ada dengan Penghulu di Bengkel Takumi bermula dari
hari ini....Harap maklum.

JUMPA DI SANAAAA!!!!!!..........

11 April 2010

Gerek Kulim masuk bendang....alaaaa Kayuh Bendang!!!.

Apa dia pulak dahhhh....pakat nak masuk bendang pulak dah, apa cerita ni takkan nak berubah tajuk lagi kot dari dok kayuh gerek pakat nak kayuh Kubota pulak ka?!?!?!.....rupanya dah berapa minggu dah ni pakat dok ketaq nak kayuh bendang bukan kayuh dalam bendang tapi pi kayuh jamboree Kayuh Bendang di Bertam, Kepala Batas tu.

Aku pun hari ni disebabkan dah lepas pantang maka dengan penuh semangat dan dedikasinya telah melajakkan diri aku ini dengan sukacitanya ke Bertam. Hari ni aku naik kereta sempit saja, dok ingat nak naik motor senang kot buleh masuk trek. Dek kerana lambat, aku naik kereta sajalah, buat liputan dari tempat mula/tamat dah la.

Turun saja highway utara selatan di tol Kepala Batas disimpang 3 tu aku terus belok kanan menghala ke kompleks sukan Kepala Batas.....aku pun nampak taman Bertam Indah disebelah kanan. Tapi yang kata nama Kiosk Bertam ni tang mana?!?!?!.......hah sudah!!!!.....nak tuju tang mana ntah nie. TAdi takdak lah pulak banner ka papan tanda ka tunjuk jalan nak ke Jamboree ni. Tanpa segan silu aku turun pi tanya guard komplek sukan Kepala BAtas, lebih kurang begini bunyinya......"Dik, kat mana Kiosk Bertam?.....dari tadi dok melilau tak jumpa la". Balas budak tu "apa benda bang?!?!...kiosk?!?!?!!....kedai kereta ka tu?!?!....". DAlam hati aku "Aik duduk area Berta/Kepala BAtas takkan tak tau Kiosk Bertam tang mana ni". Aku ulang sebut 2-3 kali tekan tang 'Kiosk Bertam' habih yang tu saja depa tulis dalam banner event tu. Macam mana pun dia dok ulang jawab kata yang tu kedai kereta. Aku kata "ni bukan kedai kereta ni tempat depa nak kayuh gerek ramai-ramai!!!....".

Dah nampak dia pun blurr aku pun patah balik la, keluar saja dari simpang di jalan utama aku ternampak 2 bijik kereta dengan carrier gerek atas bumbung......."hah tu dia geng kayuh gerek, teruih 'I followww!!!'.."...Tengok depa hala jalan ke TAsik Gelugor aku pun ikut, mungkin sebelah sana kot. Kancil sempit dengan muatan 0.13 tan aku tu pun meluncur laju menghala ke arah Tasik Gelugor sambil ikut salah satu kereta di depan dan terus belok Bertam golf club (kalau tak silap). Wuih!!! dasat la event ni, depa buat kat Golf Club la, mesti datuk-datuk semua turun nih, hebat..hebat!!..!!!..Aku terus ikut jugak......cucuk punya cucuk, sekali itu kereta sudah belok masuk satu rumah la......alamak!!!!.....dia balik rumah la pulak, Cheh buang masa betui follow dia, sikit punya baguih dia drive balik rumah yang aku dok beria-ia aku dok follow. Baru lepas beli ikan terubuk nak buat bakar kot gamaknya, sambil tu dok berangan nak bakar buat makan tengah hari ni kot aitu yang laju satu mcam tuh. keh keh keh keh 'dan' lagi tu............

Tak berlengah aku terus buat pusingan U untuk patah balik,mau dekat nak terangkat sebelah tayar kancil dengan muatan 0.13 tan tu......tak semena-mena, ternampaklah pulak aku macam bangunan-bangunan kedai di satu kawasan dan disatu deret kedai aku ternampak lah 'KIOSK BERTAM' ....ohhhhhh!!!! situ rupanya.........ish awat la yang depa ni buat naya kat aku ni, bubuhla banner dengan anak panah ka besar-besar kat simpang, takkan depa tak tau kata aku nak mai dari KL nie......
Tu dia 'Kiosk Bertam'.

Kawasan sekitar, first time aku sampai sini.
Kawasan tempat penganjur

Ada kedai basikal rupanya di sini
Layan dulu sementara pengayuh sampai, menarik jugak
Bila nak beli ni
Ada yang terliur?!?!!.........
Frame mahai.........
Penaja utama.......VICO
Tempat pertama, dapat hair bend ajerrr.........Satu lagi diaorang letak lori VICO untuk sambut rider, selain dari itu...........ada aku dan orang lain saja la.........sambutan dari penganjur tak nampak lah pulak.
Bro ni no 2 kalau tak silap.....tahniah

Barisan cyclist top 10


KJ


Seperti pernah ku lihat, crank sama version lak tu
Albert, teruk gak luka tu
Wajah-wajah ceria rider yang menamatkan kayuhan bendang
"Elleehh!!!.....takat 50 kelo apalah sangat, ni aku nak sambung kayuh balik Kulim ni"....kata penghulu Gerek-Kulim.
"Hang biaq betui Naset?!?!?!?!............"....Balas Mat
Punyalah pulun nak duduk ranking below 100 kot kot buleh dapat medal.....rupanya anagan-angan semua tu musnah.
Hello....hello...hello....YA penganjur!!!...kami dah sampai ni.
Sila ooooo sila!!!.........
"Aku dah kata kat hang, jangan dok pulun sangat!!!.....bukan nak dapat apa pun....itulah!!!! tak mau dengaq cakap aku!!!! kan dapat penat saja..........kata Mat
Pakej Kayuhan Bendang.......T Sirt
Chaon
Bahan bukti, tak main la usung tilam

Wa OK!!!!..........

Nak wekang?!?!......ish malulah!!!>..

D-One

Tahniah semua!!!...........Nanti sambung sikit lagi.

*Quality gambar kurang memuaskan atas sebab di compress untuk menjimatkan masa dan ruang.

03 April 2010

Greeting From Germany

Guten Tag....
Salam dari kejauhan, aku kat Germany and EUROPE lani till hujung bulan ni. Doakan keselamatan aku di perantauan. Ikuti perjalanan aku di http://www.thejourneyofanakjerlun.blogspot.com/