Aku pun hari ni disebabkan dah lepas pantang maka dengan penuh semangat dan dedikasinya telah melajakkan diri aku ini dengan sukacitanya ke Bertam. Hari ni aku naik kereta sempit saja, dok ingat nak naik motor senang kot buleh masuk trek. Dek kerana lambat, aku naik kereta sajalah, buat liputan dari tempat mula/tamat dah la.
Turun saja highway utara selatan di tol Kepala Batas disimpang 3 tu aku terus belok kanan menghala ke kompleks sukan Kepala Batas.....aku pun nampak taman Bertam Indah disebelah kanan. Tapi yang kata nama Kiosk Bertam ni tang mana?!?!?!.......hah sudah!!!!.....nak tuju tang mana ntah nie. TAdi takdak lah pulak banner ka papan tanda ka tunjuk jalan nak ke Jamboree ni. Tanpa segan silu aku turun pi tanya guard komplek sukan Kepala BAtas, lebih kurang begini bunyinya......"Dik, kat mana Kiosk Bertam?.....dari tadi dok melilau tak jumpa la". Balas budak tu "apa benda bang?!?!...kiosk?!?!?!!....kedai kereta ka tu?!?!....". DAlam hati aku "Aik duduk area Berta/Kepala BAtas takkan tak tau Kiosk Bertam tang mana ni". Aku ulang sebut 2-3 kali tekan tang 'Kiosk Bertam' habih yang tu saja depa tulis dalam banner event tu. Macam mana pun dia dok ulang jawab kata yang tu kedai kereta. Aku kata "ni bukan kedai kereta ni tempat depa nak kayuh gerek ramai-ramai!!!....".
Dah nampak dia pun blurr aku pun patah balik la, keluar saja dari simpang di jalan utama aku ternampak 2 bijik kereta dengan carrier gerek atas bumbung......."hah tu dia geng kayuh gerek, teruih 'I followww!!!'.."...Tengok depa hala jalan ke TAsik Gelugor aku pun ikut, mungkin sebelah sana kot. Kancil sempit dengan muatan 0.13 tan aku tu pun meluncur laju menghala ke arah Tasik Gelugor sambil ikut salah satu kereta di depan dan terus belok Bertam golf club (kalau tak silap). Wuih!!! dasat la event ni, depa buat kat Golf Club la, mesti datuk-datuk semua turun nih, hebat..hebat!!..!!!..Aku terus ikut jugak......cucuk punya cucuk, sekali itu kereta sudah belok masuk satu rumah la......alamak!!!!.....dia balik rumah la pulak, Cheh buang masa betui follow dia, sikit punya baguih dia drive balik rumah yang aku dok beria-ia aku dok follow. Baru lepas beli ikan terubuk nak buat bakar kot gamaknya, sambil tu dok berangan nak bakar buat makan tengah hari ni kot aitu yang laju satu mcam tuh. keh keh keh keh 'dan' lagi tu............
Tak berlengah aku terus buat pusingan U untuk patah balik,mau dekat nak terangkat sebelah tayar kancil dengan muatan 0.13 tan tu......tak semena-mena, ternampaklah pulak aku macam bangunan-bangunan kedai di satu kawasan dan disatu deret kedai aku ternampak lah 'KIOSK BERTAM' ....ohhhhhh!!!! situ rupanya.........ish awat la yang depa ni buat naya kat aku ni, bubuhla banner dengan anak panah ka besar-besar kat simpang, takkan depa tak tau kata aku nak mai dari KL nie......
Tahniah semua!!!...........Nanti sambung sikit lagi.
*Quality gambar kurang memuaskan atas sebab di compress untuk menjimatkan masa dan ruang.
No comments:
Post a Comment