...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

15 March 2010

RUN10....Ride Up North 2010

Ni dia nak habaq bagi kata baru-baru ni Gerek Kulim pun ada hantaq wakil pi RUN10, kot ada yang tak berapa nak clear lagi RUN10 tu apa benda, sebenarnya perkataan tu adalah singkatan untuk Ride Up North 2010 la, amboi pandai sungguh no depa bubuh nama, nak macam nama cekelat pun ada jugak, nak macam nama kartun pun ada jugak, apa nama tu BEN10 ?!?!?!?.......
Apa pun untuk tidak memerapukan ketukan keyboard kali, tu dia pi lah tengok sendiri gambar dibawah tu, punyalah meriah nak habaq kata kayuhan RUN10 ni. Ditambah lagi meriah dengan kehadiran DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizudin untuk melepaskan peserta (betui ka perkatan melepaskan, macam lepas ayam saja pun?!?!?...) atau dalam bahasa orang putihnya flag off.

Walaupun geng Gerek Kulim ni ramai tapi untuk RUN10 ni yang terlepas ke kayuhan kali ni hanya 2 orang saja iaitu Chaon dan Usop. Kira yang terlepas ni pun bukan calang-calang lah jugak. Yang lain awai-awai lagi dah bagitau kata sibuk, itu yang pakat tak buleh pi tu, sibuk jaga anak bini dalam pantang saja pun dah 3-4 orang, yang nak 'menarik' pun ada jugak, yang 'marka' tak bagi pi pun ada jugak (tok penghulu kot)!!!!.........Apa pun wakil kami kali ni pun tak kurang hebat jugak tu, walaupun bukan ayam sabung yang turun......yang berdua tu pun taji dok asah selalu tu, kalau dah champian tu champian lah jugak.
Chaon dan Usop, Gerek Kulim la mana mai lagi.....taji berkilat
2 riders dari gerek bukit ( Romzi,Mail dan Usop GK )
Chaon

Masa nak mula, flag off oleh Raja Muda Perlis.
Ini bukan bukit botak, yang lagu ni depa panggil Bukit Berangan, jenuh beranganlah jugak tera nak sampai atas tu........dengaq cerita takdak yang patah hati bila tengok bukit ni. Yang ni lah cabaran utama di RUN10 kali ni, tengok tu sayup-sayup saja pakat dok kayuh. Downhil pun buleh tahan ganazzz jugak nih.
Usop GK

Ringkasan dari misi Gerek Kulim oleh 2 wakil kali ni, kedua-dua riders GK telah berjaya menamatkan jambori dengan jayanya dan mendapat imbuhan medal sebelum pukul 11am-47km. Yes!!!.........Gerek Kulim berjaya lagi, walaupun hanya dengan 2 orang....Tahniah kepada Chaon dan Usop!!!!......

Dari cerita-ceriti dari rider lain masing-masing pakat puas hatilah untuk RUN10 kali jadi tidak lupa jugak tahniah kepada penganjur.

Nantikan kemunculan Geng Gerek Kulim lagi, akan beraksi di Ipoh pada 30 May ini............kali ini dengan penyertaan besar-besaran GEREK KULIM...............

Chau Chin Chau!!!!...........

Laporan oleh Chaon,
Pengarang Eksekutif :
Bob AKA Syahazli AKA Syah AKA Lie AKA Awie AKA Jan
*sedih tak boleh turun support event di negeri tanah tumpah ku...

2 comments:

  1. Jika ada saranan penambahbaikan utk next RUN, amat dialu-alukan.

    ReplyDelete
  2. Masalahnya pakat tak atu nak komplen apa, tapi kalau semua takdak komen jenuh jugak penganjur kalau nak buat lagi lain kali......ya lah dah tak tau nak improve apa dah, kan pening tuh!!!.

    ReplyDelete