Kalih kiri kalih kanan tak kelihatan pun geng geng dari Gerek Kulim yg register hari tu. Tepon pun tarak munyi kot kot mau mai tak tau jalan. Aku kayuh jugak dengan member kampung aku sorang atas nama Gerek Kulim.
Setat depan balai polis Merbok tapi cuma dalam 300-400 orang saja yg join kayuh MTB dan dalam 500 orang lagi pulak dalam kategori larian dan majoritinya masyarakat Cina's. Mungkin terlalu dekat dengan hari raya yang baru ja lepas.
Cuaca cukup A hari ni. mendung jaa..
40km track tapi 16km on road dan selebihnya lebih kepada bukit, sawit dan ladang lembu. Campur sebulan dah tak training langsung kaki terasa fuyoo iaitu perasaan yang keluar dari kaki yang amat terasa letih kaki nak kayuh. Maka keluaqlah segala lemak ketupat, samprit dan segala kemanisan kuih raya. Senang cerita completed dalam keperitan.

Uncle ni pun jatuh tapi dia sampai awai dari kami. Walaupun umuqnya mungkin 70an berbanding kami yang muda dan hensem. Holiau
Antara halangan terhebat track hari tu.
Dia punya ending kena kerabat naik balik bukit Merbok menuju ke muzium. Maak aaii.. masa ni aku memang dah macam nak lari balik jaa walaupun nak sampai dah.Uphill 2km kat ending tu
Aku sempat snap beberapa gerek dan dok cari gerek jenama Corratec belang hitam putih. Tapi tak dapat la Bob.. Tadak satu pun...Kalau ada hari tu aku akan tanya depa ni gerek Bob ka?!.
No VIP kali ni.
Budak budak sekolah sukan jugak yg menang.. bakal cyclist Malaysia nih!
Women kategori larian
Kena mai sini sebab sungai dia sejuk! Buleh basuh gerek sebelum balik.
Harap selepas ni GEREK KULIM kembali berjamboree beramai ramai. Hongga!Hongga! - Lanusin
No comments:
Post a Comment