31 March 2009
Cubaan mencuri kereta, 30.Mac 2009...satu peristiwa
Kunci pintu belakang dikopak
Kereta yang diletakkan ditepi jalan utama, kesilapan paling ketara ialah ia berlawanan arus dengan jalan dengan sebelah pintu pemandu berada dibahagian terlindung. Jika mengikut arus jalan mungkinkah cubaan ini dilakukan???.......Rasanya yang terbaik pastikan kereta diletak mengikut arus jalan sekurang-kurangnya ia akan menjadi agak ketara jika sesuatu cuba dilakukan dibahagian pemandu.
bahagian dalam kereta
Berhati-hatilah!!!........minta dijauhkan dari kesusahan sebegini.
Syahazli...Bob
27 March 2009
Muhasabah Diri - meLAYU
Selalu pecah di mulut
24 March 2009
Kayuhan Hujung Minggu-Anak Kulim
Activiti kayuhan hujung minggu ni as below:
Destinasi: Kulim Perdana-Anak Kulim (*Air Terjun lagi maaaa)
Date : 28th MAC 2009/SABTU
Time : 0800AM
Tempat Berkumpul : # 50 Kulim Perdana
Trekker : Pak Abu
Guest : KTC Folks ( gang2 otai Pak Abu )
* JEMPUT SEMUA RAKAN2 UNTUK TURUT SERTA *
22 March 2009
Kayuhan Hujung Minggu - Air Terjun Ulu Paip
Kami memulakan kayuhan dari Kulim Perdana sekitar jam 815am dan seterusnya melalui kawasan perindustrian hi-tech,cuaca awal pagi yang cerah mendorong kami utk berkayuh dgn lebih bertenaga lagi.Ala-ala Le Tour race nak sampai ke finishing line.Seperti ride yang terdahulu, tak sah kalau tak stop utk breakfast dulu,kali ni gerai makan kat Kg Padang Cina menjadi kunjungan kami. Nasi lemak & Roti teloq menjadi pilihan kami pagi tu.Makan pagi sampai mengikuti lecture GOLF dr Otai Golfer kita - Bro Tat...." Bila nak bawa kami pi Driving Range?"Menu wajib aku setiap pagi....Nasi Lemak...!Bob, Lan & Zizan tekun mendengaq Bro Tat bercerita ttg dunia Golf dia, byk pulak soalan Zizan pagi tu, Lan pulak mcm biasa laaa...kat green tak pernah mai ler katanya, tapi kalu nak lawan kat PS bila2 masa pon boleh...!Selesai breakfast kami meneruskan kayuhan, memasuki zon off road yang pertama-agak santai dgn laluan ladang yang bersih dan mendatar.Lan bergaya berlatar-belakangkan back drop yg kononnya mcm backdrop stage Le Tour de France..!Jam 10 lebih2 sikit kami sampai kat Ulu Paip, santapan kami kat sana adalah Tapai Kuala Muda yg dibawa oleh Lanusin....pehhhh...SUPERB..! Bob terpaksa mengambil 31 minutes utk menutralkan HB dia...! tu laa kayuh lagi kat dlm town...byk telah Karbon Monoksida ler tuuuu...!Cover Album.....SLOW TAPI SAMPAI.Aku & Lan jer yg berani melawan air sejuk pagi tu...hat lain2 semua spieces Jamnapari...penakut ayaq...! Jgn mareee nooooo.....!Selesai berendam lebih kurang, tapai dan lain2 stock makanan habis,kami bersiap sedia utk bertolak balik.Lan sedang demo mcm mana nak pakai knee guard.Jam 11AM kami bertolak balik dr Ulu PaipSampai kat depan entrance -stop utk cover album lagik...! berapa byk album nak keluaq pon tak tau laaa...Kami meneruskan kayuhan dlm cuaca yg cukup terik, tak tahan dgn bahang kami membuat lencongan ke offfroad.Melepasi Kg Padang Cina sekitar 12 noon,masing2 dah exhausted, dok menyumpah macam2 dah niii..!Bob dah tinggal sepekoq dah..!Zon mendaki terakhir yang terpaksa ditempuh dlm cuaca yg panas terik.Sekitar 1230 kami sampai kat depan rumah aku. Masing2 letih coz terpaksa berkayuh dlm cuaca panas kat on road, setting gerek utk offroad tapi byk layan on road...nah kau...Apa kau rasa? Oren....? Lepak sat depan rumah aku sambil pekena ayaq sejuk dgn grape utk memulihkan tenaga, then 1PM kami semua dismiss. Alhamdulilallah-dapat gak memenuhi hajat utk minimum kayuhan 40km. Keseluruhannya walaupun agak santai dgn trek yg agak mendatar ttp kayuhan on road dlm cuaca yg agak panas membuatkan team members agak keletihan. Minggu depan kita masuk trek off road semula tapi still we looking for air terjun..Stay tune utk next kayuhan hujung minggu.
Adios.
Zulls d'Albuquerque.
18 March 2009
Kayuhan Hujung Minggu
Hujung Minggu Ride:-
Destination : Klm Perdana-Ulu Paip-Klm Perdana
Day : AHAD
Time : 0800AM
Sila dtg on time, gather kat rumah aku-kita ikut jln Hi-Tech-Mahang, masuk offroad sikit then keluaq ikut Ulu Paip, makan,minum and mandi lebih kurang, kita bertolak balik...BERANI? Katakan YA utk kesihatan tubuh bandan anda.
10-Q and rgds./
Zull's
14 March 2009
Kayuhan Hujung Minggu - Our 1st Ride
Selang tak berapa minit, jiran aku Luthfi sampai dgn ditemani junior dia.
Sekitar jam 800am, seorg demi seorg sampai...Zizan dgn muka bersalah sampai cuba buat2 kalut utk cover.alasan sampai lambat sbb singgah kedai tapaw nasi lemak dulu..OK ler tu.Zizan terpaksa "mempolitik wang" Lanusin dgn nasi lemak utk bantu dia pasang gerek .PAStu Zam dr Kulim Square dan mengekori fr belakang TAT yg ditemani oleh Azwan yg tak dpt turut serta coz nak kena bawa mem besaq pi market..!!!Tuuu laa aku dok cakap jgn outstation kerap sgt, kan mem besaq dah curfew.!Bila semua ready kami proceed pi kat port utk tunggu Trekker kita utk ride ni, sapa lagi kalau bukan PAK ABU.
Dari jauh tengok saling tak tumpah mcm P.Ramlee ride gerek dlm cherita Penyamun Tarbus.Seisi pengenalan dgn Pak Abu.Dan seterusnya, acara wajib setiap kali sebelum Flag off... posing dulu ler. Semua yg janji nak turun hadir kecuali BOB yg last minute terpaksa cancel coz kena pi PIBG meeting sekolah tadika anak dia...hehehe...Tadika pon ada PIBG dlm zaman-zaman MATHS & SCIENCE dlm English ni(PPSMI)Selesai bergambaq, kami memulakan kayuhan melalui jln hi-tech headed to Polytechnic.Zizan cuba melakukan break away.Belum pon 5km kami masuk pit stop yg pertama, pekena nasik dulu, tak dak tenaga nak kayuh kata Lanusin kalu tak breakfast. Kami mengambil diet yg agak sederhana pagi tu.
Rahsia tenaga Pak Abu, Kicap Kipas Udang..!Penuh konsentrasi melayan kepala ikan duri dgn teluq masin.Selesai breakfast kami meneruskan kayuhan, Tak sampai 500m kami stop kat pit stop ke-2 pulak. 7-11 pakat pi beli energy water and power bar.Sementara dok tunggu team members lain dok beli stock kat 7-11, kita posing dulu.
Then, kayuhan sebenar bermula. Kami menyusuri laluan Tmn Seroja dan disambut oleh sekumpulan Anjing liar yang berkeliaran.Lanusin menggunakan sepenuhnya ilmu dr tok batin Royal Belum utk meng"cool"kan anjing2 tersebut.
Kami meneruskan kayuhan memasuki zon off road yang pertama dgn diketuai oleh Trekker Pak Abu.
Sambil berkayuh, sambil bergossip,uphill and down hill-sedaq tak sedaq kami dah melepasi CP4 masa Kulim Jamboree baru2 ni.Kami stop seketika utk berehat dan berposing utk shot2 yg menarik. Bergambaq dgn trektor pengangkut kelapa sawit. Utk cover album terbaru kami.!
Pak Abu tengah dok nego dgn Estate manager utk dpt permission trek kami. Ternyata pengalaman dan pengaruh Pak Abu memudahkan kayuhan kami pagi tersebut,kami meruskan kayuhan dan berhenti sekali lagi dipertengahan perjalanan utk santapan dan berehat seketika.Kalau tadi masa breakfast Zizan mengadap nasi kari kepala ikan dgn teluq masin, kali ni Lanusin pulak menunjukkan belangnya.Tanpa mempedulikan keadaan persekitaran, Lan tekun menghabiskan nasi yg dia tapaw masa breakfast awal tadi.
Kami yg hat lain2 lain borak dan makanan ringan utk mengelakkan dr obesiti. Macam nak camping ler pulak, siap bawa hammock tuuuuu...!Lepas makan, bdk seorg ni pi layan mandi ler pulak. Orang dok kalut buat house keeping & check gerek masing2 sebelum nak bertolak balik, dia boleh dok layan mandi pulak...!Tat sedang mencuba pam yg baru dibeli, dah tau rupanya nak tukaq tiub sendiri...!Selepas semua ready, kami meninggalkan lokasi utk bertolak balik, laluan baru yg lebih extreme dipilih oleh Pak Abu. Bukan setakat climbing & DH, malah kami terpaksa menanggung gerek masing2 utk melepasi halangan2, agak menarik juga trek utk ride pagi tu.Apa-apa hal pun bagi Pak Abu lepas dulu. Secara keseluruhan trek hari ni boleh dikategorikan agak menarik, dgn gaya kayuhan bersantai dan disusuli dgn gossip2 dari pelbagai issues, terpancar kepuasaan diwajah masing2 yg menyertai kayuhan pagi tersebut. Sekitar jam 100PM kami sampai semula di Kulim Perdana. Masing2 sibuk bergegas utk meneruskan commitment dgn family masing2 pulak. Untuk semua yang turun, Terima Kasih dan Tahniah.Alhamdulilallah kita berjaya dlm misi pertama kita, di harap lain2 masa kita dpt berkayuh bersama-sama lagi utk meningkatkan kesihatan2 masing-masing. Big Thanks to Pak Abu sbb meluangkan masa utk bersama dgn kami.
Last posing ala2 Group Rock KAPAK.
Terima kasih & Jumpa lagi.