Seiring dengan perkembangan semasa dan trend masa kini, maka dengan ini Gerek Kulim telah turut melebarkan sayap ke FB, ini adalah sebagai satu lagi jalan dan laluan untuk berinteraksi sesama peminat MTB dan untuk mengetahui perkembangan terkini Gerek Kulim di arena kayuhan ini. Jadi disini anda semua dijemput untuk menyertai group kami di FB, terbuka untuk semua.
"Hope For All !!!..."........ish awat nya slogan tu bunyi lain macam saja pun?!?!?!.......
13 May 2010
04 May 2010
KTM2010, Kayuhan Terang Malam 2010
Arakian tersebutlah alkisah akan satu jamboree MTB yang telah diadakan di Kulim Hi Tech Park yang terletak di jajahan takluk negeri Kedah Darul Aman ini. Seperti yang di kisahkan sebelum bahawa lebih 700 ratus peserta mengambil bahagian jika tidak silap firasat hamba penulis hikayat ini. Maka al kisah pun bermula.

Disatu simpang, kelihatan seorang anggota keselamatan yang berdedikasi sedang mengawal lalulintas disitu. Di wajahnya terukir kesungguhan untuk mengawal keadaan sebaik mungkin, di hati kecilnya pula berbisik......"akan aku pastikan bila mana saja aku tahan lalu lintas di simpang ini, tidak akan ada satu pun kenderaan yang akan dapat bergerak melepasi simpang ini waima lalat sekalipun tidak akan berani melintas"....kata bro RELA ini dalam hati.




*Semua imej telah di compress untuk menjimatkan masa untuk download. Komen tentang gambar adalah untuk tujuan hiburan semata-mata tidak bertujuan untuk mengenakan sesiapa atau untuk tujuan menghina. Terimalah ia seadanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)