17 January 2010
Moh ke trek Ulu Mahang
Dikala angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa di bengkel Takumie San, Sungai Seluang, Lunas. Di keheningan malam minggu kelihatan beberapa bayang tubuh sedang mengerjakan sesuatu........sungguh asyik mereka-mereka ini dengan hal-hal yang dikerjakan, ada sesuatu yang tidak kena rasanya. Makin diteliti perbuatan mereka,makin jelas kelihatan, terserlah jelas pelbagai alatan digunakan....tidak cukup dipulas dicungkil-cungkil pulak.......
Yang sebenarnya itulah gambaran persediaan yang giat dijalankan oleh geng Gerek-Kulim dari bahagian scrambler di bengkel Takumie San........aik Gerek-Kulim dah ada unit scrambler pulak dah?!?!?!......hehehee yang sebenarnya mereka-mereka inilah yang akan mengiringi GK ke Ulu Mahang esok. Motor ada problem, jadi untuk mengelakkan dari motor yang ditunggang masuk ke hutan itu dari terpaksa 'dikayuh' balik maka satu sessi senggaraan pun dijalankan........
barai
Mat dan Akik
Akik, Dieone and Takumie
Mie aka Takumie San
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fuhh... Intro macam cerita hantu la bro... he..he
ReplyDelete