Pendang MTB dah pun beransur pergi, yang tinggal hanya bunyi desiran suara-suara sumbang sebagai peneman langkah berlalu, apa pun di Gerek-Kulim ni masih lagi sunyi sepi dari khabar. Apalah agaknya yang dah jadi dengan Gerek-Kulim ni. Dalam beberapa update disini nanti aku akan cuba bawakan cerita-ceriti disebalik kesunyian ini.
Juga disebalik kesunyian yang tak sudah di Gerek-Kulim ini maka satu kayuhan pecah bunyi yang dinamakan One for All, All for One akan diadakan oleh Gerek-Kulim. Sebelum itu kami ingin melihat dahulu respon dari kawan-kawan sekalian, dah tajuk pun untuk sekalian kawan-kawan jadi dah tentulah nak dengar apa kata ramai, kalau setuju maka dengan penuh sukacitanya maka kayuhan ini akan diteruskan. So amacam kawan-kawan ada beran???!!!..............Sila bagi komen dishoutbox sebelah.
"Untuk kita-kita ajerrr!!!...."
01 December 2009
11 October 2009
BM Mountain Bike Carnival 2009
Yaaaa rakan-rakan sekalian, laporan terkini dari BM Mountain Bika Carnival kini di Gerek Kulim !!!!......hari ini Alhamdulillah segalanya berjalan dengan agak lancar walaupun sedikit tersangkut pada mulanya, tapi dengan keinginan dan determination beberapa geng Gerek-Kulim telahpun berjaya menyertai dan menamatkan kayuhan di BM Mountain Bike Carnival 2009 atau lebih senang kalau dipanggil Jamboree BM. Pada pagi tadi aku dengan semangat berkobar kobar aku telah pun melapangkan masa aku untuk bersama-sama merasakan kemeriahan jamboree BM kali ini bersama rakan-rakan lain. Setakat yang aku nampak dan confirm dari Gerek-Kulim, team kami telah diwakili oleh Zizan, Abang Zizan, Azahar (kayuh Baimbai), Ein, Zamree dan juga Shidee. Ada seorang dua lagi ahli team telahpun menarik diri pada saat akhir.......hehehehe mungkin ada rumah terbuka lagi kot. Aku juga dapat tahu yang Mr Odd 'Di sana' juga join jamboree kali ni juga super senior MTB riders iaitu Chon.
Pada awalnya aku cuba mengesan ahli GK yang sedang membuat persediaan, tapi gagal disebabkan kedudukan parking yang bertaburan dikawasan disekitar Empangan Mengkuang yang luas, lagipun aku jalan kaki mana nak larat nak tawaf kawasan dam ni........aku pun inform Zian kata aku akan tunggu digarisan permulaan sajalah, tak mau nak buang masa mencari, dicelah tu jugak Zizan call aku tanya ada tiub tayar tak sebab Ein tak bawak tayar spare hari ni, dah tu yang kat beskal tu pancit lah pulokkk!!!.........jawapannya bila dah tanya aku dah tentu la aku tak bawak, sebab bukan boleh kayuh pun, beskal pun dah hilang nak kayuh apa bendanya.......sob sob sob sedih sungguh aku, dapat jadi spectator saja la tak dapat nak join kayuh.
Keadaan sekitar di mengkuang Dam hari ni memang sungguh meriah. Ramai sungguh orang hari ni, mana yang datang nak berjogging, nak buat line dance la, nak poco-poco la.....(oooo camtu rupanya poco-poco, tarian orang takdak kerja).......dan yang paling ramai sampai beribu sudah tentu peserta-peserta BM jamboree kali ni........pendek kata meriah sungguhla, aku pun tumpang seronok sama tengok kemeriahan hari ni walaupun dengan kecewa tak dapat join. Semasa dok jalan ke kawasan permulaan kayuhan, aku ditegur olah kawan-kawan yang kenal, semua tanya pasal beskal aku la apa lagi........sambil-sambil tu sempat jugak aku dok ushar kot beskal aku pun join jamboree kali ni........sampai 'kesud' tak nampak bayang, lagipun berpinau bijik mata aku nak tengok sebijik sebijik.......,tapi nak buat macam mana dah tak ada rezeki lagi nak jumpa.
Pelepasan kayuhan pagi ni dilakukan oleh wakil rakyat mana ntah aku pun tak dengar sangat cuma sempat dengar dia flag-off saja. Tengoklah gambar video dibawah tu.....Pon (Hawk MTB) sempat tegur aku pasai mai ambik gambar saja........semua dah yyyyilekkkk!!!! tak buleh kayuh Pon oiii!!! hilang dimata........dihati tak tau nak kata apa dah!!...
Pandangan dari belakang kumpulan riders MTB
Garisan permulaan, macam biasa lah penuh sesak dengan pengayuh yang tak sabar nak start...
Jumpa saja team Gerek-Kulim apa lagi snap la apa patut, dah tugas photographer buat sajalah apa yang patut.
Zamree....
Shidee tak habih setup lagi, rider lain semua dah start
Pemandangan Mengkuan Dam di awal pagi
Ein terlambat disebabkan tayar pancit
Bila dah flag off aku pun plan nak pi cari sarapan pulak lah, tapi belum sempat aku dapat bersarapan aku tengok rider semua dah pun sampai di simpang menghala ke Bukit Langkap, mak aih laju betul depa ni. Orang yang naik kereta pun baru sampai sini, tapi depa yang kayuh ada yang dah start panjat bukit Langkap, hebat sungguh.......nak pecah rekod dunia kot. Sempat lah jugak aku snap 3-4 gambar disini.
Tengah dok fresh lagi.....laju satu macam saja
Abang kepada Zizan , berbackground kan gambar DSAI
Aku tunggu disini sampai semua dah sayup-sayup hilang dari pandangan mata, memang laju sungguh rider-rider semua. Kalau aku masuk dah sah aku jadi sweeper tak rasmi heheheheeeehehehe........tapi oleh kerana tak masuk maka aku pun jadilah tukang jaga trek tak bertauliah.
Bila tengok semua dah hilang aku pun melayan diri aku ke kedai kopi berdekatan simpang masuk ke Bukit Langkap tu.....sempat aku dengar pakcikkat kedai tu punya bagus dok gebang kata depa yang kayuh ni geng terer-terer, masing-masing boleh cari jalan sendiri sebab semua pi belajar baca peta dulu sebelum kayuh...........banyak lah pak cik punya temberang, penganjur dah siap tanda track la pakcik oi!!!.....dibuatnya tak tanda, karang ada yang kayuh 5 km dah kata complete course heheheheheee.........biasalah cerita orang tua-tua di kedai kopi.
Off road
Lepas dari simpang ni disebabkan masa ada lagi sebelum aku ke Intel Kulim untuk main badminton, aku menghala ke Sungai Lembu sebab aku tau turun dari Langkap, rider semua akan lalu kawasan ladang sawit berdekatan dengan ladang ayam. Telahan aku betul nampaknya, dan aku pun tunggu lah di satu saimpang didalam hutan sawit sambil menantikan rider dari Gerek-Kulim lalu untuk snap sekeping dua gambar buat update di sini. Dalam ramai-ramai dok kayuh tu, ramai jugak member yang perasan aku dok terpacak dalam hutan kelapa sawit dengan kereta aku yang dah convert jadi 4WD hari ni. Ada jugak yang tanya direction kat aku, sambil sambil ambik gambar, aku pun tolong la jugak jaga lalu lintas kereta motor orang yang masuk ke kawasan ladang, risau aku tengok laju satu macam saja. Nanti tak pasal-pasal jadi peristiwa yang tak diingini pulak. .....jangan pandang belakang
Ketibaan abah Chon
Takat ni takdak apa-apa la Chon woii!!!.....(itu untuk Chon la untuk aku ingat dah terkeluaq lidah dah)
Masing-masing punya pulun sampai tak lekat gambar.........silap setting ni kot, rasanya ambik gambar kategori sport pakai setting untuk kategori gambar kura-kura jadi macam ni la.
Mintak allen key kat orang nak pi main badminton , mintak mahap banyak-banyak la tak dapek den nak nolong haaa..........kalau nak reket dengan nasik lemak buleh la aku bagi.
Adi Hariman & geng lah kot rasanya
Zamree.....sudah tentu dari Gerek-Kulim
Mr Adi dr Gerek Gunung........
Peace yo!!!...............
Chewahhh!!.......Shidee, sempat posing
Zizan sudah sampai, sorry tak perasan, kelam kabut ambik gambar sampai kelabu terus. Laju sangat kot.
Masa ni Azhar Baimbai ni tengah kuat lagi nih...........kalau aku ada, kan selamat kita beramai-ramai
Team Gerek-Kulim kasi GEGARRRR!!!!!!........
Aku ambik gambar hang, hang ambik gambar aku........
Cukuplah posing ........
Penamat di Mengkuang Dam, aku blah dulu.......gi main badminton pulak.......join Bulu Ayam-Kulim hehehehehee...
Sekian saja update aku untuk kali ini, entah bila lagi lah aku dapat update macam ni........kali ni sempat lah jugak aku pi ambik gambar sebab on the way nak ke Kulim join Geng Bulu Ayam-Kulim main badminton, Nak kena tunggu jamboree yang dibuat 'On the way' aku nak ke mana-mana jugaklah nampak gayanya.......nak kena tunggu Jamboree Mengkuang ataupun jamboree Lunas pulak la.......kalau ada jamboree Shell BKE pun bagus jugak, lagi lah 'On the way" untuk aku......Adios!!!...
*Mintak mahap banyak, tension tak habis lagi....
Subscribe to:
Posts (Atom)