...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

29 April 2009

Langkap....jom melancong!!!

Arakian tersebutlah alkisah bawasanya satu kayuhan separa berat akan diadakan pada 1 Mei ini bertempat di Langkap (Kedah ka Penang). Ianya diadakan bersempena dengan cuti hari Buruh atau dikenali kini sebagai hari Pekerja. Semua adalah dijemput untuk menyertai kayuhan ini , tiada bayaran dikenakan kerana semuanya kena tanggung sendiri. Terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira MTB ka Roadiess ka Miniiness ka tak kisahlah janji boleh kayuh.......kalau patah bike tu sendiri tanggungla. Sila lapor diri untuk payuhan

Pada : 1 Mei 2009 (tahun ni bukan tahun depan)
Lokasi bertemu : Kedai bunga kertas
Masa : 7.30 Pagi (nak bertolak awai sebab Jumaat)
Penyertaan : Terbuka (tiada kategori tiada boundaries kenai tak kenai semua boleh join)
Objektif : Menawan Bukit Langkap dengan sekali kentut saja.

Piagam Pelanggan :
Sapa lambat, tinggai!!! (yang nie pesan kat diri sendiri)...............

* Sekarang ni tengah plan nak kayuh pi tengok konsert Search, ada sapa nak join???.......

27 April 2009

'Ringan-ringan' ......geli geli

Minggu ini sebagai satu rutin mingguan bagi geng gerek Kulim, satu kayuhan ringan dengan rakan rakan yang free telah diadakan. Sebenarnya pembentangan plan kayuhan telah pun bermula 3-4 hari sebelum hari kayuhan oleh Azizan dan aku sendiri, ini adalah disebabkan oleh tiada bunyian dari kengkawan lain tentang pengisian program hujung minggu yang terkini. Trek yang dipilih sudah tentu trek rasmi gerek-kulim iaitu di naga lilit dan sarang ayam dikawasan kulim. *Ish betui ka nama tempat ni, kalau tak betui bagitau balik no!!!..

Pagi tadi aku pun macam biasa message Azizan untuk confirm program juga update tentang clearance untuk terbang dari DCA control tower. Setelah Azizan mendapat clearance maka aku pun bertolak ke Kulim dan berjanji dengan yang lain-lain untuk berjumpa di Kedai Kotamie.
Setelah semua berkumpul di kedai Kotamie maka sessi pasang basikal pun bermula, Tak ramai nampaknya hari ni hanya ada 5 orang sahaja, Lan Hussein nampaknya dah berubah hobi lagi. Hari ni dia nak pergi cari traktor, katanya boring uphill ngan offroad pakai basikal pakai traktor lah pulak lagi best……….itulah jawapan yang aku dapat dari Lan bila ajak kayuh pagi tadi.

On the way ke Kulim aku sempat call Zull tanya dia nak join tak ride pagi ni, macam biasalah jawapan sibuk menjadi alasan. Nak main badminton katanya, dia kata Lee Chowng Wei ajak turun sparring. Aku pun haaaa sajalahhh, "takpa lah kami pi dulu lah kot no". Apa pun kitaorang tetap jalan jugaklah walaupun hanya ada 5 orang takder hal punyalah. Tapi hari ni rupanya kami akan berdepan dengan masalah teknikal pulak, so kira dah jadi kayuhan ringan-ringan sajalah. *Bukan 'ringan-ringan' no, jangan salah paham plak takdak love bite punyalah. Tengok sajalah gambaq dibawah tu.

Kedai Kotamie Jalan Sg Seluang menjadi medan perhimpunan pagi ini

Ini basikal Azizan belum pasang

Siapa punya, tuan kedai yang punya!!!1 bukan Man Belon punyerrr!!!

Polygon baru beli tu, kaler garang mengancam

Tengah dok value basikal tu





MAsalah teknikal yang pertama, rantai tersangkut di crank. Seperti biasa saudara Azizan kita memberi bantuan


Problem dapat diselesaikan sebelum uphill

Pendakian panjang, amat sesuai untuk training

Mie dengan kamera barunya, untuk bukti kepada kawan-kawan lain kata dia pun dah jadi pengayuh tegar dah.

Melalui kilang First Solar





Maslah teknikal kedua, kali ni pedal hampir tercabut disebabkan oleh ball bearing yang tersangkut. Sekali kali lagi beramai-ramai cuba menyelesaikan masalah bersama-sama. Basikal tu baru keluar kedai sehari sebelum ni ajer.


Jangan sedih kengkawan ramai nak tolong
Tuan rehat, dia pun rehat la.....belemoih habih gerek kami

Azizan tengah pulun repair pedal atau dalam bahasa Melayunya 'rakap' tu buat sementara. *'Rakap' - dari geng gerek klasik

Dok pilih tool apa yang nak pakai, nasib baik ada bawak 'Swiss Army Tool'. Janji boleh jalan dulu.


TEnsion punya pasai......
Depa ni pakat dok isap dadah tepi jalan ka
Pendek kata lama sungguhla problem kali ni






Kita minum dulu....






Kami pun bersurai setelah selesai 'membaraikan' kembali basikal masing-masing. Sekian Wassalam.

*Kayuh kali ini dinamakan 'Ringan ringan' kerana trek kayuhan terpaksa dipendekkan kepada hanya beberapa belas kilometer sahaja disebabkan oleh masalah teknikal yang dihadapi, so jadilah ia kayuhan ringan yang hanya mampu 'menggelikan' pengayuh kategori tegar ..........hehehehe sapa tu???.....

22 April 2009

1st Le' Ride d’Langkap

Dengan kurniaan sedikit kelapangan pada hari Ahad 19 April 2009 aku mendapat message dari Azizan yang mengatakan Odd dan rakan-rakan lain akan kayuh di Langkap pada hari itu dan Zizan sendiri mungkin akan turut serta tapi still tak confirm sebab nak kena refer KDN dulu gara-gara Akujanji yang dibuat sebelum ini.
Disebabkan tahap gian aku mencapai tahap tertinggi maka tanpa segan silunya aku pun message Odd dengan message yang aku akan join diaorang untuk acara hari tu dan disambut dengan kata alu-aluan oleh saudara Odd untuk berjumpa di kedai bunga kertas. Walaupun dengan confidence aku message kata nak join, tapi di hati ni terdetik jugak ishhh boleh ka aku panjat Bukit Langkap ni sebab aku tengok dalam blog lain teruk jugak nak sampai. Kalau bagi yang tak tahu di mana Bukit Langkap ni, yang sebenarnya ia terletak berhampiran highway BKE saja. Dari highway kita boleh nampak di sebelah kanan (Seberang Jaya menghala ke Kulim) selepas sahaja Maktab Tunku Bainun ada sebuah bukit yang dapat dilihat satu rumah dilerengnya berhampiran dengan puncak. Itulah matlamat yang sebenarnya iaitu Bukit Langkap.
Dari rumah aku tanpa berlengah lagi aku pun terus menyiapkan peralatan dan barang yang sepatutnya dan terus menuju ke tempat yang dijanjikan iaitu kedai bunga kertas. Pada mulanya hanya ada beberapa biji kereta peserta sahaja namun kemudian menjadi lebih meriah dengan kehadiran rakan rakan lain dari Gerek Gunung, Odd dan rakan rakan, geng kereta sukan Kulim diketuai oleh Mie pomen, serta juga dari Tanah Liat dan Balik Pulau. Tak dilupakan sudah tentu wakil-wakil dari Gerek Kulim sendiri, pendek kata memang meriahlah acara hari tu manakala panjang kata pulak macam-macam ada dan happening dengan jumlah peserta yang agak ramai!!!.....

Layanlah gambar-gambar dibawah.......


















Slow Tapi Sampai..... macam lori balak



Lepak nunggu geng yang lain, ada yang dah patah balik. Diaorang cakap nak pitam dah.
Cantik kat atas ni, belum pun sampai puncak.




Jalan menuju puncak.....gemilang cahaya!!!..nun dibelakang tu jer.

Jalan di lereng bukit menuju ke puncak


Menunggu giliran untuk down hill


Pilih pilih mana mau, kalau nak extreme ambik kiri kalau nak yang kurang extreme sikit ambik kanan. Apapun DH ni memang best













Paling last sampai, tapi sampai dengan paling bergaya sebab water bottle penuh dengan Teh O Ais.



Lepak minum dulu sebelum bersurai, masa ni aku dah blah dah balik rumah. Bawak anak-anak pergi Ulu Paip pulak buat BBQ.