...SELAMAT DATANG KE GEREK-KULIM...

29 April 2010

Gerek-Kulim Sini Sana

Assalamualaikum......
Hai kawan-kawan!!!!.......
Aper ceghiternyer yer. Lamer bebenor takder update disini yer. Ni ha!!!......dah terlajak teman login ke sini, disini jugak teman updatekan sedikit aktiviti terkini Gerek-Kulim.

Pada tarikh 01/05/2010 ini di Jamboree KTM, 4 riders dari Gerek Kulim akan bertindak sebagai sweeper di acara tersebut, ini adalah juga sebagai satu tanda sokongan untuk jamboree KTM 2010 tahun ini.






Riders yang terlibat ialah Chaon,Mat,D-One dan Amir dan keempat-empat riders Gerek Kulim ini akan bersama-sama 2 riders dari team yang lain
iaitu Din ( Hawk ) dan Azhar ( IKBN Perlis ) akan menghadirkan diri dan memberikan sokongan padu maut diacara tersebut. Jadi marilah kita beramai-ramai dan bersama-sama menjayakan event tersebut.

Untuk aktiviti seterusnya, berdasarkan jadual Gerek-Kulim yang dipersetujui sebelum ini, Gerek Kulim akan menyertai:

Kayuhan Jelapang - 22/05/2010
Happy to ride Ipoh - 30/05/2010

Hebahan: Maklumat pendaftaran ada dengan Penghulu di Bengkel Takumi bermula dari
hari ini....Harap maklum.

JUMPA DI SANAAAA!!!!!!..........

11 April 2010

Gerek Kulim masuk bendang....alaaaa Kayuh Bendang!!!.

Apa dia pulak dahhhh....pakat nak masuk bendang pulak dah, apa cerita ni takkan nak berubah tajuk lagi kot dari dok kayuh gerek pakat nak kayuh Kubota pulak ka?!?!?!.....rupanya dah berapa minggu dah ni pakat dok ketaq nak kayuh bendang bukan kayuh dalam bendang tapi pi kayuh jamboree Kayuh Bendang di Bertam, Kepala Batas tu.

Aku pun hari ni disebabkan dah lepas pantang maka dengan penuh semangat dan dedikasinya telah melajakkan diri aku ini dengan sukacitanya ke Bertam. Hari ni aku naik kereta sempit saja, dok ingat nak naik motor senang kot buleh masuk trek. Dek kerana lambat, aku naik kereta sajalah, buat liputan dari tempat mula/tamat dah la.

Turun saja highway utara selatan di tol Kepala Batas disimpang 3 tu aku terus belok kanan menghala ke kompleks sukan Kepala Batas.....aku pun nampak taman Bertam Indah disebelah kanan. Tapi yang kata nama Kiosk Bertam ni tang mana?!?!?!.......hah sudah!!!!.....nak tuju tang mana ntah nie. TAdi takdak lah pulak banner ka papan tanda ka tunjuk jalan nak ke Jamboree ni. Tanpa segan silu aku turun pi tanya guard komplek sukan Kepala BAtas, lebih kurang begini bunyinya......"Dik, kat mana Kiosk Bertam?.....dari tadi dok melilau tak jumpa la". Balas budak tu "apa benda bang?!?!...kiosk?!?!?!!....kedai kereta ka tu?!?!....". DAlam hati aku "Aik duduk area Berta/Kepala BAtas takkan tak tau Kiosk Bertam tang mana ni". Aku ulang sebut 2-3 kali tekan tang 'Kiosk Bertam' habih yang tu saja depa tulis dalam banner event tu. Macam mana pun dia dok ulang jawab kata yang tu kedai kereta. Aku kata "ni bukan kedai kereta ni tempat depa nak kayuh gerek ramai-ramai!!!....".

Dah nampak dia pun blurr aku pun patah balik la, keluar saja dari simpang di jalan utama aku ternampak 2 bijik kereta dengan carrier gerek atas bumbung......."hah tu dia geng kayuh gerek, teruih 'I followww!!!'.."...Tengok depa hala jalan ke TAsik Gelugor aku pun ikut, mungkin sebelah sana kot. Kancil sempit dengan muatan 0.13 tan aku tu pun meluncur laju menghala ke arah Tasik Gelugor sambil ikut salah satu kereta di depan dan terus belok Bertam golf club (kalau tak silap). Wuih!!! dasat la event ni, depa buat kat Golf Club la, mesti datuk-datuk semua turun nih, hebat..hebat!!..!!!..Aku terus ikut jugak......cucuk punya cucuk, sekali itu kereta sudah belok masuk satu rumah la......alamak!!!!.....dia balik rumah la pulak, Cheh buang masa betui follow dia, sikit punya baguih dia drive balik rumah yang aku dok beria-ia aku dok follow. Baru lepas beli ikan terubuk nak buat bakar kot gamaknya, sambil tu dok berangan nak bakar buat makan tengah hari ni kot aitu yang laju satu mcam tuh. keh keh keh keh 'dan' lagi tu............

Tak berlengah aku terus buat pusingan U untuk patah balik,mau dekat nak terangkat sebelah tayar kancil dengan muatan 0.13 tan tu......tak semena-mena, ternampaklah pulak aku macam bangunan-bangunan kedai di satu kawasan dan disatu deret kedai aku ternampak lah 'KIOSK BERTAM' ....ohhhhhh!!!! situ rupanya.........ish awat la yang depa ni buat naya kat aku ni, bubuhla banner dengan anak panah ka besar-besar kat simpang, takkan depa tak tau kata aku nak mai dari KL nie......
Tu dia 'Kiosk Bertam'.

Kawasan sekitar, first time aku sampai sini.
Kawasan tempat penganjur

Ada kedai basikal rupanya di sini
Layan dulu sementara pengayuh sampai, menarik jugak
Bila nak beli ni
Ada yang terliur?!?!!.........
Frame mahai.........
Penaja utama.......VICO
Tempat pertama, dapat hair bend ajerrr.........Satu lagi diaorang letak lori VICO untuk sambut rider, selain dari itu...........ada aku dan orang lain saja la.........sambutan dari penganjur tak nampak lah pulak.
Bro ni no 2 kalau tak silap.....tahniah

Barisan cyclist top 10


KJ


Seperti pernah ku lihat, crank sama version lak tu
Albert, teruk gak luka tu
Wajah-wajah ceria rider yang menamatkan kayuhan bendang
"Elleehh!!!.....takat 50 kelo apalah sangat, ni aku nak sambung kayuh balik Kulim ni"....kata penghulu Gerek-Kulim.
"Hang biaq betui Naset?!?!?!?!............"....Balas Mat
Punyalah pulun nak duduk ranking below 100 kot kot buleh dapat medal.....rupanya anagan-angan semua tu musnah.
Hello....hello...hello....YA penganjur!!!...kami dah sampai ni.
Sila ooooo sila!!!.........
"Aku dah kata kat hang, jangan dok pulun sangat!!!.....bukan nak dapat apa pun....itulah!!!! tak mau dengaq cakap aku!!!! kan dapat penat saja..........kata Mat
Pakej Kayuhan Bendang.......T Sirt
Chaon
Bahan bukti, tak main la usung tilam

Wa OK!!!!..........

Nak wekang?!?!......ish malulah!!!>..

D-One

Tahniah semua!!!...........Nanti sambung sikit lagi.

*Quality gambar kurang memuaskan atas sebab di compress untuk menjimatkan masa dan ruang.

03 April 2010

Greeting From Germany

Guten Tag....
Salam dari kejauhan, aku kat Germany and EUROPE lani till hujung bulan ni. Doakan keselamatan aku di perantauan. Ikuti perjalanan aku di http://www.thejourneyofanakjerlun.blogspot.com/